Sabtu, 22 Ogos 2015

ENVIROBIKE & ENVIROWALK LESTARI 2015

Pada 22 Ogos, 2015, Kelab Lestari SMKTD2 telah menjalankan aktiviti Envirobike & Envirowalk 2015 dengan kolaberasi Kelab Orang Johor Cycling Team (OJC).  160 peserta terdiri daripada para pelajar SMKTD, guru-guru SMKTD2 & Kelab Orang Johor CycliNG Team (OJC).

Objektif program ini adalah mendidik warga SMKTD2 akan cinta dan hargai alam sekitar. Program ini telah dijalankan di dalam kawasan kelapa sawit di kawasan LA Gardens.

Ini adalah aktiviti mencabar kerana para pelajar perlu melalui kawasan berbukit-bukau, berpasir 9off-road) dan penuh dengan pokok kelapa sawit. Kami amat bersyukur kerana dapat menjalankan aktiviti yang mencabar dan berlainan dan lebih menyedari betapa indahnya alam sekitar untuk kita nikmati.

Ahad, 9 Ogos 2015

LAWATAN KE SABAH 2015


            Pada 28 Mei hingga 2 Jun, Kelab LESTARI SMK Taman Daya 2 telah membuat lawatan sambil belajar ke Sabah. Seramai 13 pelajar dan 11 guru-guru telah menyertai lawatan ini, termasuk Pn Hjh Zainab Bt Laimang, Pengetua SMK Taman Daya 2, Pn Hjh Maznah, PK HEM, Pn Hadijah dan Cik Alia,guru LESTARI serta Encik Muhammad Nabil, Guru Tunas Bestari.
                
Objektif lawatan ini adalah untuk menimba ilmu tentang sekolah LESTARI serta mempelajari tentang flora dan fauna yang terdapat di Sabah. Semoga lawatan ini memberi pemahaman dan kesedaran kepada warga SMKTD2 tentang kepentingan melestarikan alam sekitar.
                
Pada 29 Mei, kelab LESTARI SMK Taman Daya 2 telah berpeluang untuk melawat Sekolah Lestari SMK Majakir. Di sana, kami telah menimba pelbagai ilmu tentang pengurusan sekolah Lestari serta aktiviti-aktiviti dan usaha-usaha melestarikan sekolah mereka. Antaranya:
1.    Tangki pemanasan air menggunakan sistem Lestari
2.     Pembuatan baja
3.   Bilik LESTARI
4.  Pengurusan fail LESTARI






Seterusnya, kami telah ke Universiti Sabah Malaysia dan melawat aquarium dan muzium marin. Di situ, kami dapat melihat pelbagai jenis hidupan laut yang jarang kami lihat serta fosil-fosil yang terdapat di laut.












Kemudian, pada 30 Mei, kami telah mengunjung rumah panjang Sabah untuk melihat dan menyambut sambutan pesta Kaamatan. Ini adalah satu pengalaman baru bagi anak-anak Johor yang baru pertama kali ke Sabah. Pelbagai budaya dan amalan warga Kadazan yang dapat kami pelajari.







Pada waktu petang, kami telah mengembara sehingga ke jambatan Tamparuli, Rumah Terbalik dan seterusnya, ke kaki gunung Gunung Kinabalu. Pada 31 Mei, kami telah ke Dairy Farm, Kundasang untuk melihat lembu yang berlainan spesis dan cara memerah susu dari haiwan berkenaan. Kemudian, kami telah ke kolam air panas dan jambatan tergantung di Poring. Sepanjang pengembaraan ini, kami telah mempelajari, mengamati dan melihat keadaan flora dan fauna yang amat mengagumkan.








































Pada 1 Mei, kami telah ke Pulau Manukan dan di situ, kami berpeluang untuk melakukan aktiviti snorkelling. Di situ, kami dapat melihat hidupan laut yang amat menarik. Walaubagaimanapun, kami dapat melihat beberapa batu karang yang sudah mati. Kami juga dapat tahu pulau ini telah termasuk dalam Malaysia Book of record kerana telah pulau ini telah dibersihkan dan membina 3040 batu karang baharu.

Semoga warga SMKTD2 telah menimba pelbagai ilmu yang bermanfaat berkaitan dengan alam sekita dari lawatan sambil belajar ini.