Ahad, 18 Mei 2014

PROGRAM 1 KELAS 1 POKOK SEMPENA HARI GURU


                                                        SELAMAT HARI GURU 2014 !!!
                
                                 Pada 18 Mei 2014, sempena sambutan hari guru, SMK Taman Daya 2 telah mengadakan program 1 Kelas 1 pokok. Program ini melibatkan 9 buah kelas, iaitu 1KAA sehingga 1A9. Pokok-pokok ini ditanam di sebelah surau. Semua pentadbir, guru-guru, guru-guru kelas dan para pelajar telah menyertai aktiviti ini dengan jayanya! Alhamdulillah.... Dengan adanya aktiviti ini, semoga nilai sayang dan rasa tanggungjawab terhadap pokok-pokok dan alam sekitar sentiasa disemai dikalangan warga SMKTD2.























 

PENANAMAN CILI


                            Sekolah Lestari SMK Taman Daya 2 telah menanam pokok cili di tapak bersebelahan surau . Ini adalah untuk menambahkan lagi jenis-jenis tumbuhan di sekolah. Diharapkan juga dengan adanya penanaman ini, nutrisi dalam tanah dapat dipelbagaikan, menambah oksigen, menceriakan suasana sekolah, serta memupuk nilai bercucuk tanam dikalangan warga SMKTD2.

 
 




 
 

Khamis, 15 Mei 2014

PANORAMA SMKTD2: TEMA ALAM SEKITAR (MURAL, LANSKAP, KELAS)

                      Prihatin terhadap alam sekitar adalah satu nilai yang amat berharga dalam diri manusia dan ia menentukan masa depan kita dan dunia ini. Salah satu cara untuk menerapkan keprihatinan dan kasih sayang terhadap alam sekitar adalah dengan memilih tema alam sekitar untuk buat beberapa kawasan di SMKTD2. Antaranya:

                   1. Mural-mural di koridor sekolah, kantin dan perkarangan sekolah
                   2. Kelas bertemakan alam sekitar
                   3. Lanskap sekolah yang ditanam pokok-pokok

Semua guru-guru, para pelajar, kelas-kelas  dan warga SMKTD2 telah berusaha keras dari semasa ke semasa dalam melaksanakan tema ini secara berperingkat. Syabas warga SMKTD2 atas usaha gigih anda! Teruskan usaha murni ini :)


MURAL-MURAL DI BEBARAPA KAWASAN SEKOLAH
 
 










LANSKAP TUMBUH-TUMBUHAN









 
 
KELAS-KELAS YANG BERTEMAKAN ALAM SEKITAR
 




 
 



 


PANORAMA SMKTD2: TAMAN HERBA, TAMAN KAKTUS, TREE NURSERY

                               SMK Taman Daya 2 telah membuat taman kaktus dan taman herba. Taman kaktus berada kawasan hadapan sekolah manakala Taman Herba berada berdekatan dengan bengkel Kemahiran Hidup sementara Tree Nursery berada di sebelah tempat letak basikal.
                                Tujuan taman-taman ini dibuat adalah untuk mendidik warga SMK Taman Daya 2 tentang jenis-jenis flora yang pelbagai di muka bumi ini, memupuk semangat cintakan tumbuh-tumbuhan selain mencantikkan kawasan sekolah dengan warna hijau diserikan lagi dengan warna-warna bunganya.


TAMAN KAKTUS







 
TAMAN  HERBA




 
 
TREE NURSERY