Jumaat, 17 Jun 2016

SAMBUTAN HARI BUMI PERINGKAT NEGERI JOHOR 2016

   Pada 5 April 2016, Sambutan Hari Bumi Peringkat Negeri Johor 2016 telah diadakan di SMK Taman Daya 2 dan dianjurkan oleh Rakan Alam Sekitar Johor. Pelbagai aktiviti telah dijalankan seperti pertandingang choral speaking, bicara berirama serta senamrobik. Pelbagai pameran telah diadakan unutk memupuk semangat mencintai alam sekitar.


















Isnin, 4 April 2016

UTM JOHOR SUSTAINABLE AND LOW EMISSION AWARD

 Pada 20 Februari 2016, SMK Taman Daya 2 telah menyertai program UTM iaitu JOHOR SUSTAINABLE AND LOW EMISSION AWARD. Di sini, seramai 20 pelajar beserta 3 guru Lestari telah menyertai pelbagai ceramah yang telah memberi informasi yang berguna berkaitan dengan Lestari (sustainability) dan Low Carbon Emission. Selain itu, seramai 3 orang pelajar dan 2 guru Lestari telah menyertai pertandingan poster dan pembentangan tentang "Sustainable and low emisson award".  SMK Taman Daya 2 telah berjaya meraih pingat Emas sebagai sekolah yang telah banyak menjalankan aktiviti-aktiviti serta menyertai pelbagai pertandingan yang berunsurkan Lestari dan Low Carbon (Sustainability dan Low Carbon Emission).















Ahad, 3 April 2016

PROGRAM LESTARI BERSAMA UITM PASIR GUDANG, JOHOR

  Pada 25 Februari 2016, seramai 60 pelajar SMK Taman Daya 2 telah menyertai program Lestari anjuran UiTM Pasir Gudang, Johor. Pelbagai aktiviti alam sekitar yang telah dijalankan seperti aktiviti secara berkupulan, perbincangan dan pembentangan yang berkati rapat dengan topik-tpoim alam sekitar. Para pelajar mendapat peluang untuk bermesra dan menba ilmu dari pelajar-pelajar diploma jurusan kejuruteraan. Semoge mereka telah menimba pelbagai ilmu tentang Lestari serta aktiviti-aktiviti dan usaha-usaha melestarikan sekolah dan alam sekitar.











LAWATAN KE SEKOLAH LESTARI: SMK SERI AMAN


            Pada 4 Mac 2016, Kelab LESTARI SMK Taman Daya 2 telah membuat lawatan penanda aras ke sebuah sekolah Lestari, iaitu SMK Seri Aman. Seramai 25 pelajar dan 6 guru-guru Lestari telah menyertai lawatan ini, termasuk Pn Hadijah Bt Hj Misran, Penyelaras Kelab Lestari, Cik Alia, Cik Wan Nur Nasuha, Puan Masamah dan Cik Syazwani.
                
Objektif lawatan ini adalah untuk menimba ilmu tentang sekolah LESTARI serta mempelajari tentang flora dan fauna yang terdapat di Sabah.Di sana, kami telah menimba pelbagai ilmu tentang pengurusan sekolah Lestari serta aktiviti-aktiviti dan usaha-usaha melestarikan sekolah mereka.  Semoga lawatan ini memberi pemahaman dan kesedaran kepada warga SMKTD2 tentang kepentingan melestarikan alam sekitar.
             












PERTANDINGAN CHORAL SPEAKING LESTARI SEMPENA HARI BUMI PERINGKAT NEGERI JOHOR

                 Pada hari Rabu 30 March, 2016, SMK Taman Daya 2 telah menghantar sebuah pasukan  dan menyertai Pertandingan Choral Speaking Lestari Sempena Har Bumi Peringkat Negeri Johor. Seramai 33 orang pelajar, dibimbing oleh 4 orang guru-guru Lestari dan Bahasa Inggeris, iaitu Cik Teo Yen Ming, Puan Hadijah, Puan Nadiatul dan Cik Alia Nur. Aktiviti ini telah menyemarakkan semangat dikalangan para pelajar serta penonton dalam membangkitkan kesedaran dalam kepentingan alam sekitar kepada manusia serta tanggungjawab kita dalam memelihara dan memulihara alam semulajadi.