Ahad, 3 April 2016

LAWATAN KE SEKOLAH LESTARI: SMK SERI AMAN


            Pada 4 Mac 2016, Kelab LESTARI SMK Taman Daya 2 telah membuat lawatan penanda aras ke sebuah sekolah Lestari, iaitu SMK Seri Aman. Seramai 25 pelajar dan 6 guru-guru Lestari telah menyertai lawatan ini, termasuk Pn Hadijah Bt Hj Misran, Penyelaras Kelab Lestari, Cik Alia, Cik Wan Nur Nasuha, Puan Masamah dan Cik Syazwani.
                
Objektif lawatan ini adalah untuk menimba ilmu tentang sekolah LESTARI serta mempelajari tentang flora dan fauna yang terdapat di Sabah.Di sana, kami telah menimba pelbagai ilmu tentang pengurusan sekolah Lestari serta aktiviti-aktiviti dan usaha-usaha melestarikan sekolah mereka.  Semoga lawatan ini memberi pemahaman dan kesedaran kepada warga SMKTD2 tentang kepentingan melestarikan alam sekitar.
             












Tiada ulasan:

Catat Ulasan