Jumaat, 14 November 2014

EXPLORASI JEJAK ALAM SEKITAR BERSAMA UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA (UTM)

"Bersama Memperkasa Generasi LESTARI"

Inilah slogan untuk aktiviti LESTARI pada kali ini. Seramai 42pelajar,4pentadbir (Pn Hjh Zainab Bt Laimang (Pengetua), Pn Maznah (HEM), En Wan Azmi (PK Koko), 4guru Lestari (Pn Hadijah, Cik Nasuha, Cik Masamah serta Cik Alia Nur) serta pegawai dan para pelajar Majlis Perwakilan Pelajar UTM telah sertai program ini. Ia telah dijalankan pada 14 November 2014.

Acara ini telah dimulakan dengan ucapan pengetua SMKTD2 serta perasmian oleh En Rizalman, wakil pegawai Alam Sekitar UTM.


 
Kemudian program diteruskan lagi dengan ceramah Lestari oleh En Rizalman yang menekankan isu-isu kritikal seperti air,elektrik,sampah serta 3R kitar semula. Pelajar SMKTD2 telah mendapat pelbagai input serta berinteraksi dengan baik dalam perbincangan tentang penjagaan alam sekitar.


Selepas itu, para pelajar menyertai aktivit EXPLORASI di tasik UTM, dijalankan oleh MPP UTM. Mereka telah menjalankan pertandingan eksplorasi, dimana mereka perlu melakukan aktiviti-aktiviti berasaskan tema alam sekitar di cek point -cek point (seperti kuiz, mencari bahan-bahan terpakai, membuat sesuatu barang menggunakan surat khabar). Selain menimba ilmu melalui aktiviti tersebut, para pelajar dapat menikmati dan menghargai persekitaran  UTM yang hijau dan menarik.

Pada sebelah petang pula, para pelajar perlu mereka "Green City", iaitu sebuah bandar Lestari dan menghargai alam sekitar. Para pelajar telah berkerja-sama dalam kumpulan serta dibantu oleh para MPP UTM. Dalam aktiviti ini, mereka dapat berfikir cara-cara terbaru untuk melindungi alam sekitar dengan teknologi serta idea-idea bernas. Ini menanamkan lagi sifat mencintai alam sekitar.

Pada kesuluruhannya, program ini telah membuka mata para pelajar tentant penjagaan alam sekitar bukan sahaja di peringkat sekolah, malah di peringkat institusi tinggi dan kehidupan seharian. Semoga program-program seperti ini dapat dijalankan lagi pada masa hadapan.




Sabtu, 6 September 2014

LAWATAN LESTARI TERENGGANU 2014

Pada 3 hingga 5 September 2014,SMKTD2 telah ke Terengganu untuk lawatan sambil belajar dibawah program sekolah lestari SMKTD2.
Antara tempat-tempat yang dilawati adalah  pusat sanctuary penyu Ma'daerah pekabuhan kerteh,taman tamadun sslam dan muzium terengganu. 
di pusat sanctuary penyu,para pelajar telah didedahkan tentang proses penyu meneruskan speisisnya, ancaman, usaha-usaha manusia dan kerajaan dalam meneruskan spesis-spesis penyu dan kepentingan meneruskan fauna seperti penyu di Malaysia dan serantau dunia. Para pelajar mendengar dengan teliti dan bertanya soalan kepada pemberi taklimat. Sebagai manusia yang bertanggungjawab.kita mempunyai amanah utk memastikan spesis ini tidak terancam dan meneruskan kehidupan sepsis ini untuk  generasi masa hadapan. 
Kami diberi peluang untuk melihat anak penyu secara langsung serta melepaskan mereka ke pantai pada pukul 2am. Kami berasa amat bertuah diberi peluang sedemikian. Tujuan ini dalah utk memupuk rasa cunta kepada fauna,terutamanya spesis penyu yg terancam.
kemudian,kami ke tmn tmadun islam.di situ,kami telah menaiki river cuise dan menikmati kecantikan fauna dan melihat beberapa biawak di sungai. Dengan keindahan ini,kita dapat memupuk perasaan kasih syg terhadap keindahan alam sekitar.
semoga aktiiti ini telah menyemarakkan lagi semangat cintakan alam sekitar dan lestari dikalangan para pelajar, pendidik dan warga SMK TAMAN DAYA 2.




MASJID KRISTAL DARI RIVER CRUISE


SALAH SEBUAH PULAU YG SILIHAT SEMASA RIVER CRUISE

PEMANDANGAN RIVER CRUISE

PEMANDANGAN RIVER CRUISE

PEMANDANGAN RIVER CRUISE
TRACK PENYU
TRACK PENYU

PELEPASAN ANAK-ANAK PENYU PD 2AM

PARA PELAJAR

PARA PELAJAR DIBERI ARAHAN SEBELUM KE PANTAI

PARA PELAJAR BERSEDIA

TAKLIMAT DIBERI TENTANG SPESIS PENYU

 
GURU-GURU PENGIRING

PELAJAR BERTANYA SOALAN

TAKLIMAT DI PUSAT SANCTUARY PENYU MA'DAERAH PELABUHAN KERTEH








TEMPAT PENYIMPANAN& PENGERAMAN TELUR-TELUR PENYU

JADUAL PENEMUAN TELUR-TELUR PENYU

TAMAN TAMADUN ISLAM


MASJID KRISTAL


Isnin, 19 Mei 2014

MARI BERJIMAT!!! :)









Nilai-nilai murni dalam penjagaan alam sekitar telah banyak diterapkan dikalangan warga SMK Taman Daya 2, terutamanya dalam urusan pejabat dan peperiksaan. Antaranya:

1. Penjimatan kertas oleh pihak pejabat

Pihak pejabat akan menjimatkan penggunaan kertas dengan:

i- mengecilkan 2 muka surat dokumen dan satukan ia pada 1 muka surat (ini diaplikasikan apabila    fotostat bahan-bahan sekolah seperti bahan mengajar dan surat-surat pemberitahuan kepada ibubapa)

ii- fotostat soalan-soalan peperiksaan dan bahan-bahan mengajar di depan dan belakang kertas

iii- menggunakan bahagian belakang kertas yang telah dipakai untuk kertas pengumuman

iii- memastikan tidak terlalu banya dakwat hitam digunakan jika ia tidak penting

2. Unit Peperiksaan

i - Pihak pejabat (Encik Jefri) akan memindahkan sampul kertas A4 yang tidak digunakan lagi ke bilik peperiksaan

ii- Di bilik peperiksaan, guru-guru akan menggunakan sampul ini untuk mengisi kertas-kertas peperiksaan dan digunakan semasa peperiksaan dijalankan.


Terdapat pelbagai lagi amalan-amalan murni yang diamalkan di SMK Taman Daya 2. Diharapkan nilai-nilai ini dapat disemai dalam diri warga SMK Taman Daya 2 dan dapat diamalkan sepanjang masa, sama ada di luar atau di dalam sekolah


Ahad, 18 Mei 2014

ENVIROBIKE 2013

           Pada Mei 2013, SMK Taman Daya 2 telah sekali lagi membuat Envirobike untuk kali kedua. Kami telah bermula dari SMK Taman Daya 2, kemudian kami ke flat Enau. Di situ, kami membuat gotong-royong di flat tersebut dengan mengutip sampah-sampah. Seterusnya, kami ke flat bersebelahan dengan sekolah. Di situ, kami telah menanam beberapa pokok-pokok. Kemudian, kami berbasikal ke flat bersebelahan dengan Taman Daya. Di situ, kami telah membuat gotong-royong dan mengutip sampah-sarap serta menyapu daun-daun di kawasan itu. Kemudian, kami kembali ke sekolah.

           Aktiviti ini telah banyak mengajar kami untuk menjaga kebersihan alam sekitar serta pergi ke satu tempat ke tempat yang lain tanpa membuat pencemaran udara, iaitu dengan menggunakan basikal.

Semoga aktiviti ini dapat dijalankan lagi dan dapat mengajar para pelajar tentang penjagaan alam sekitar di luar kawasan sekolah.