"Bersama Memperkasa Generasi LESTARI"
Inilah slogan untuk aktiviti LESTARI pada kali ini. Seramai 42pelajar,4pentadbir (Pn Hjh Zainab Bt Laimang (Pengetua), Pn Maznah (HEM), En Wan Azmi (PK Koko), 4guru Lestari (Pn Hadijah, Cik Nasuha, Cik Masamah serta Cik Alia Nur) serta pegawai dan para pelajar Majlis Perwakilan Pelajar UTM telah sertai program ini. Ia telah dijalankan pada 14 November 2014.
Acara ini telah dimulakan dengan ucapan pengetua SMKTD2 serta perasmian oleh En Rizalman, wakil pegawai Alam Sekitar UTM.
Kemudian program diteruskan lagi dengan ceramah Lestari oleh En Rizalman yang menekankan isu-isu kritikal seperti air,elektrik,sampah serta 3R kitar semula. Pelajar SMKTD2 telah mendapat pelbagai input serta berinteraksi dengan baik dalam perbincangan tentang penjagaan alam sekitar.
Selepas itu, para pelajar menyertai aktivit EXPLORASI di tasik UTM, dijalankan oleh MPP UTM. Mereka telah menjalankan pertandingan eksplorasi, dimana mereka perlu melakukan aktiviti-aktiviti berasaskan tema alam sekitar di cek point -cek point (seperti kuiz, mencari bahan-bahan terpakai, membuat sesuatu barang menggunakan surat khabar). Selain menimba ilmu melalui aktiviti tersebut, para pelajar dapat menikmati dan menghargai persekitaran UTM yang hijau dan menarik.
Pada sebelah petang pula, para pelajar perlu mereka "Green City", iaitu sebuah bandar Lestari dan menghargai alam sekitar. Para pelajar telah berkerja-sama dalam kumpulan serta dibantu oleh para MPP UTM. Dalam aktiviti ini, mereka dapat berfikir cara-cara terbaru untuk melindungi alam sekitar dengan teknologi serta idea-idea bernas. Ini menanamkan lagi sifat mencintai alam sekitar.
Pada kesuluruhannya, program ini telah membuka mata para pelajar tentant penjagaan alam sekitar bukan sahaja di peringkat sekolah, malah di peringkat institusi tinggi dan kehidupan seharian. Semoga program-program seperti ini dapat dijalankan lagi pada masa hadapan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan