Sabtu, 27 April 2013

LARIAN TEBRAU: We Need the OXYGEN!

                        Lestari SMK Taman Daya 2 telah menyertai larian di Setia Indah pada hari Sabtu, 27 April pada pukul 8 pagi. Seramai 115 orang pelajar diiringi oleh Puan Maznah, Puan Hadijah, Cik Alia, Cik Mazita,Cik Sazwani dan Encik Iman telah menyertai aktiviti ini. Selain SMK Taman Daya 2, terdapat juga para  peserta dari SMK Taman Daya 3, SJK(C) Pandan serta beberapa penduduk Setia Indah.
                      Aktiviti ini bertujuan untuk memberi pelajar-pelajar pendedahan tentang kepentingan menjaga kesihatan. Sambil berlari, para pelajar juga telah dapat menikmati serta menghargai alam sekitar disekeliling mereka. Mereka  mendapat kesedaran betapa pentingnya oksigen yang terhasil dari tumbuh-tumbuhan. Oleh itu, perlulah kita memelihara alam sekitar demi kesihatan kita semua.
                       Para pelajar serta beberapa guru telah berlari sepanjang 7 kilometer dengan penuh semangat. Kami telah menjalani aktiviti warm-up dan cool-down. Akhirnya, setelah selesai berlari, terdapat cabutan bertuah dan para pelajar serta guru SMK Taman Daya 2 telah memenangi pelbagai hadiah seperti hamper, meja belajar, periuk nasi, kipas serta tab.
                     Segalanya berjalan dengan lancar. Kami amat berterima kasih dengan pihak penganjur kerana telah menjemput kami untuk menyertai aktiviti ini.

Ahad, 21 April 2013

OUTSTANDING PERFORMANCE LESTARI SMKTD2! WELL DONE!

                    Sekali lagi, Kelab Lestari SMKTD2 telah menyertai pertandingan EM mudball dan fotografi yang dijalankan oleh Dynasty View,pada hari Ahad,21 April 2013 di Sri Austin.Seramai 31 orang pelajar, diiringi olehPuan Maznah (P.K. HEM), Puan Hadijah,Puan Siti Mariam serta Cik Alia Nur, telah menyertai pertandingan EM Mudball dan pertandingan fotografi. Pelajar-pelajar telah menjalani aktiviti ini dengan bersungguh-sungguh. Mereka telah mempelajari cara menjaga alam sekitar, merawat pencemaran air serta menghargai keindahan alam sekitar.
                 Hasilnya, 3 kumpulan telah mendapat tempat pertama,kedua dan ketiga dalam pertandingan EM Mudball! Pelajar-pelajar di tempat ketiga telah menghasilkan sebanyak 386 EM Mudball, kumpulan di tempat kedua telah menghasilkan sebanyak 387 EM Mudball manakala pelajar ditempat pertama telah menghasilkan sebanyak 560 biji EM Mudball! Tahniah di ucapkan kepada semua kumpulan!
                Dalam pertandingan fotografi pula, para pelajar telah menunjukkan bakat yang amat membanggakan. Mereka telah mengambil gambar-gambar lanskap-lanskap alam sekitar yang sangat indah, menarik,cantik dan kreatif. Keputusannya, pelajar Kelab Lestari SMKTD2 telah memenangi tempat pertama,kedua dan ketiga dalam pertandingan fotografi.Tahniah diucapkan sekali lagi kepada para pelajar!
                 Terima kasih kepada guru-guru yang tidak putus memberi tunjuk ajar kepada para pelajar. Semoga Lestari SMKTD2 akan terus maju dalam memupuk kesadaran menjaga alam sekitar dikalangan warga SMK Taman Daya 2.