Rabu, 30 Januari 2013

KITAR SEMULA DEMI MASA DEPAN

               Satu lagi projek kelab Lestari untuk tahun 2013 adalah..... 'Mengitar Semula Tin-tin Kosong!'. Kita selalu melihat tin-tin minuman dibuang ke dalam tong-tong sampah biasa. Ini tidak membantu dalam menyelamatkan alam sekitar. Jika bahan mineral yang digunakan untuk membuat tin minuman sentiasa digunakan, suatu hari nanti, bahan-bahan mineral itu akan berkurangan. Dengan kitar semula, kita mampu membantu dalam mengurangkan penggunaan bahan mineral tersebut.  Oleh itu, Kelab Lestari SMK Taman Daya 2 memulakan projek  'Mengitar Semula Tin-tin Kosong!'.
                Pn. Hadijah Binti Hj Misran, guru Lestari, telah menggalakkan para pelajar untuk mengitar semula tin-tin minuman di perhimpunan sekolah pada 9 Januari 2013. Dengan inisiatif guru-guru Lestari, beberapa tong kitar semula berwarna jingga telah disediakan di kantin sekolah SMK Taman Daya 2 pada 17 Januari 2013. Pelajar-pelajar SMK Taman Daya 2 telah menggunakan tong-tong jingga ini dengan baik sekali. Pada 30 Januari, ahli-ahli kelab Lestari telah menjalankan operasi mengemekkan tin-tin minuman.  


                       Pelajar-pelajar kelab Lestari serta tong-tong kitar semula


                                  "Kami bersedia untuk kitar semula!"



                              "Jom mulakan operasi mngemek tin!"

                                            


                       

Secara tidak langsung, dengan adanya tong-tong kitar semula ini di sudut-sudut kantin sekolah, pelajar-pelajar SMK Taman Daya 2 dapat mempraktikan budaya kitar semula dalam kehidupan seharian mereka. Ini menambahkan kepekaan pelajar-pelajar terhadap alam sekitar.
                                                

PERTANDINGAN BANNER PERINGKAT NEGERI JOHOR ( ALAM SEKITAR) ANJURAN JABATAN ALAM SEKITAR

Pada September 2012, pelajar-pelajar Kelab Lestari SMK Taman Daya 2 telah menyertai pertandingan melukis Banner Alam Sekitar Peringkat Negeri di Pontian, Johor. Pelajar-pelajar telah memberi komitmen yang tinggi dalam menyertai pertandingan ini. Kami telah membuat perancangan tentang tema banner (kain rentang) serta bahan-bahan yang diperlukan. Antara bahan-bahan kami semestinya terdiri daripada bahan-bahan kitar semula. Antaranya:

1. Banner lama telah digunakan semula
2. Perkataan telah diperbuat dari 2 surat khabar yang digulung nipis dan ditocang sehingga nampak seperti tali.
3. Tin serta botol kosong digunakan semula
4.Pasir dugunakan untuk membuat pantai

Dengan bakat dan komitmen pelajar-pelajar serta sokongan guru-guru Lestari, sebuah banner telah dapat disiapkan! Kami berarak bersama-sama banner tersebut. Akhirnya, kami mendapat tempat kedua dalam pertandingan tersebut.



Kua sue yun dan Taufiq tekun mewarnakan banner 

"macam mana nak buat ni..... satu hari je tinggal"

khusyuknya ......

Pelajar menampal perkataan "selamatkan penyu kita " dengan menggunakan keratan akhbar yang telah digulung.

apa yang penting " kerjasama"

pening -pening .... sampai petang tau... semangat mesti ada

Terima kasih buat Pn hadijah dan Cikgu Alia kerana bagi sokongan 

cantik tak?

Tengok betul2 ... cantikkkkkkkkkkkkkk

kami berarak di Mini stadium Pontian.

Kami tunjuk piece lah.... tu yang dapat no 2 tu....

amboi kenapa tunduk?

Tahniah .... kami dapat RM 500 , kami Naib Johan Pertandingan Melukis Banner Alam sekitar.

em..... 1,2,3 .... senyum

Dato Ahmad Maslan bagi Hadiah dan cek ...

Wow ... kami amat bangga.

Bangga smk taman daya 2... tahniah

Penat... tapi berbaloi...

TASIK KENYIR ( LESTARI DAN PERSATUAN GEOGRAFI) 2012