Rabu, 30 Januari 2013

PERTANDINGAN BANNER PERINGKAT NEGERI JOHOR ( ALAM SEKITAR) ANJURAN JABATAN ALAM SEKITAR

Pada September 2012, pelajar-pelajar Kelab Lestari SMK Taman Daya 2 telah menyertai pertandingan melukis Banner Alam Sekitar Peringkat Negeri di Pontian, Johor. Pelajar-pelajar telah memberi komitmen yang tinggi dalam menyertai pertandingan ini. Kami telah membuat perancangan tentang tema banner (kain rentang) serta bahan-bahan yang diperlukan. Antara bahan-bahan kami semestinya terdiri daripada bahan-bahan kitar semula. Antaranya:

1. Banner lama telah digunakan semula
2. Perkataan telah diperbuat dari 2 surat khabar yang digulung nipis dan ditocang sehingga nampak seperti tali.
3. Tin serta botol kosong digunakan semula
4.Pasir dugunakan untuk membuat pantai

Dengan bakat dan komitmen pelajar-pelajar serta sokongan guru-guru Lestari, sebuah banner telah dapat disiapkan! Kami berarak bersama-sama banner tersebut. Akhirnya, kami mendapat tempat kedua dalam pertandingan tersebut.



Kua sue yun dan Taufiq tekun mewarnakan banner 

"macam mana nak buat ni..... satu hari je tinggal"

khusyuknya ......

Pelajar menampal perkataan "selamatkan penyu kita " dengan menggunakan keratan akhbar yang telah digulung.

apa yang penting " kerjasama"

pening -pening .... sampai petang tau... semangat mesti ada

Terima kasih buat Pn hadijah dan Cikgu Alia kerana bagi sokongan 

cantik tak?

Tengok betul2 ... cantikkkkkkkkkkkkkk

kami berarak di Mini stadium Pontian.

Kami tunjuk piece lah.... tu yang dapat no 2 tu....

amboi kenapa tunduk?

Tahniah .... kami dapat RM 500 , kami Naib Johan Pertandingan Melukis Banner Alam sekitar.

em..... 1,2,3 .... senyum

Dato Ahmad Maslan bagi Hadiah dan cek ...

Wow ... kami amat bangga.

Bangga smk taman daya 2... tahniah

Penat... tapi berbaloi...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan