Isnin, 7 Januari 2013

Kebun Lestari SMK Taman Daya 2

Lestari SMK Taman Daya 2 telah memulakan tahun 2013 dengan menjalankan projek pertama iaitu Kebun Lestari SMK Taman Daya 2. Pada 6 Januari 2013, pelbagai proses telah dijalankan untuk mendirikan kebun ini. Kelab Lestari telah menanam pokok pisang, pokok kelapa, pokok keladi air dan pokok kantan. Beberapa guru Lestari telah bekerjasama dalam menjayakan projek permulaan ini, antaranya Pn Hadijah Bt Hj Misran, En Khairul Anuar, En. Ahmad Doraini dan Cik Alia Nur Dodgson.

 Tapak kebun yang sudah digembur


Tapak kebun sebelum penanaman anak benih




Lubang-lubang digali oleh guru-guru untuk penanaman anak benih
 
 
 
 
Guru-guru gigih menyediakan baja
 
 
 
"Ya!Berjaya mendapatkan anak benih pokok pisang!"
 
 
 
"Jom mencangkul ^_^ "
 
 
 
 
Anak benih pokok kelapa di tepi pagar sekolah
 
 
 
 
Mari berbakti kepada tanah!
 
 
 
Teruskan usaha!




Selepas penanaman anak-anak benih
 
 
 
 
 
 
Anak benih pokok kelapa
 
 
 
 

 
Anak benih pokok pisang
 
 
 
 



 
 
 
 
 
 
 
 
 

 Guru-guru Lestari akan bekerjasama dengan pelajar-pelajar Kelab Lestari dalam menjaga anak-anak benih ini. Semoga kebun ini menghijaukan panorama dan bumi SMK Taman Daya 2.
 
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan