Isnin, 19 Mei 2014

MARI BERJIMAT!!! :)









Nilai-nilai murni dalam penjagaan alam sekitar telah banyak diterapkan dikalangan warga SMK Taman Daya 2, terutamanya dalam urusan pejabat dan peperiksaan. Antaranya:

1. Penjimatan kertas oleh pihak pejabat

Pihak pejabat akan menjimatkan penggunaan kertas dengan:

i- mengecilkan 2 muka surat dokumen dan satukan ia pada 1 muka surat (ini diaplikasikan apabila    fotostat bahan-bahan sekolah seperti bahan mengajar dan surat-surat pemberitahuan kepada ibubapa)

ii- fotostat soalan-soalan peperiksaan dan bahan-bahan mengajar di depan dan belakang kertas

iii- menggunakan bahagian belakang kertas yang telah dipakai untuk kertas pengumuman

iii- memastikan tidak terlalu banya dakwat hitam digunakan jika ia tidak penting

2. Unit Peperiksaan

i - Pihak pejabat (Encik Jefri) akan memindahkan sampul kertas A4 yang tidak digunakan lagi ke bilik peperiksaan

ii- Di bilik peperiksaan, guru-guru akan menggunakan sampul ini untuk mengisi kertas-kertas peperiksaan dan digunakan semasa peperiksaan dijalankan.


Terdapat pelbagai lagi amalan-amalan murni yang diamalkan di SMK Taman Daya 2. Diharapkan nilai-nilai ini dapat disemai dalam diri warga SMK Taman Daya 2 dan dapat diamalkan sepanjang masa, sama ada di luar atau di dalam sekolah


Ahad, 18 Mei 2014

ENVIROBIKE 2013

           Pada Mei 2013, SMK Taman Daya 2 telah sekali lagi membuat Envirobike untuk kali kedua. Kami telah bermula dari SMK Taman Daya 2, kemudian kami ke flat Enau. Di situ, kami membuat gotong-royong di flat tersebut dengan mengutip sampah-sampah. Seterusnya, kami ke flat bersebelahan dengan sekolah. Di situ, kami telah menanam beberapa pokok-pokok. Kemudian, kami berbasikal ke flat bersebelahan dengan Taman Daya. Di situ, kami telah membuat gotong-royong dan mengutip sampah-sarap serta menyapu daun-daun di kawasan itu. Kemudian, kami kembali ke sekolah.

           Aktiviti ini telah banyak mengajar kami untuk menjaga kebersihan alam sekitar serta pergi ke satu tempat ke tempat yang lain tanpa membuat pencemaran udara, iaitu dengan menggunakan basikal.

Semoga aktiviti ini dapat dijalankan lagi dan dapat mengajar para pelajar tentang penjagaan alam sekitar di luar kawasan sekolah.



















PROGRAM 1 KELAS 1 POKOK SEMPENA HARI GURU


                                                        SELAMAT HARI GURU 2014 !!!
                
                                 Pada 18 Mei 2014, sempena sambutan hari guru, SMK Taman Daya 2 telah mengadakan program 1 Kelas 1 pokok. Program ini melibatkan 9 buah kelas, iaitu 1KAA sehingga 1A9. Pokok-pokok ini ditanam di sebelah surau. Semua pentadbir, guru-guru, guru-guru kelas dan para pelajar telah menyertai aktiviti ini dengan jayanya! Alhamdulillah.... Dengan adanya aktiviti ini, semoga nilai sayang dan rasa tanggungjawab terhadap pokok-pokok dan alam sekitar sentiasa disemai dikalangan warga SMKTD2.























 

PENANAMAN CILI


                            Sekolah Lestari SMK Taman Daya 2 telah menanam pokok cili di tapak bersebelahan surau . Ini adalah untuk menambahkan lagi jenis-jenis tumbuhan di sekolah. Diharapkan juga dengan adanya penanaman ini, nutrisi dalam tanah dapat dipelbagaikan, menambah oksigen, menceriakan suasana sekolah, serta memupuk nilai bercucuk tanam dikalangan warga SMKTD2.