Selasa, 13 Mei 2014

PANORAMA SMKTD2: WAKAF LESTARI DAN KANTIN SMKTD2

                         Wakaf Lestari terletak di belakang kantin sekolah. Sudut ini telah dijadikan tempat di mana terdapat informasi tentang aktiviti-aktiviti Lestari sekolah serta informasi berkaitan dengan Lestari.
                          Di sini jugalah kami mempamerkan hasil-hasil kerja oleh para pelajar. Pokok-pokok kecil telah ditanam oleh para pelajar dengan menggunakan pasu yang dikitar semula dari botol plastik. Pasu-pasu ini telah digantung di sekeliling wakaf. Selain itu, poster sayang alam sekitar yang dibuat oleh para pelajar juga telah dipamerkan. Pelbagai pokok juga telah ditanam disekeliling wakaf.
                           Tong kitar semula juga telah disediakan di kawasan wakaf ini dan disini jugalah stesen pembelian tin dari para pelajar telah dijalankan.
                             Di kantin sekolah, terdapat pelbagai pokok ditanam dan ini telah membuat kantin lebih hijau dan lestari. Selain itu, notis untuk mengingatkan warga SMKTD2 untuk menjimatkan air juga telah digantung. Mural yang bertemakan haiwan juga telah dilukis oleh guru seni dibantu pleh para pelajar. Yang paling membanggakan adalah guru Lestari SMKTD2, Pn Hadijah bt Hj Misran telah berjaya membuat sabun sendiri dari minyak dan sabun ini telah ditempatkan di kantin untuk penggunaan umum.
                .
                            Semua usaha ini telah menyumbangkan dalam melestarikan SMK Taman Daya 2




 
 
















                       














 
 










 


Tiada ulasan:

Catat Ulasan