Khamis, 15 Mei 2014

SOLAR CAR 2014

                          Usaha pencarian sumber tenaga yang tidak membahayakan alam sekitar adalah suatu usaha yang amat berharga dan murni. Sempena bulan Sains dan Matematik, para pelajar telah berusaha bersungguh-sungguh dalam menghasilkan kereta tanpa menggunakan bahan yang membahayakan alam sekitar. Sebaliknya, mereka menggunakan tenaga semulajadi, iaitu tenaga cahaya dari matahari dan tenaga ini dapat menggerakkan kereta, dan ini dipanggil 'Solar Car'.
                          Selain membina solar car, para pelajar juga telah membuat perlumbaan antara mereka, maka mereka dapat bergembira sambil melakukan projek ini. Tahniah para pelajar dan guru-guru pembimbing di atas usaha inovatif anda!
 
 
 
 
 





 


Tiada ulasan:

Catat Ulasan