Buat pertama kalinya, Kelab Lestari SMK Taman Daya 2 telah menyertai 'EM Mudball Competition' dan Acara Berbasikal yang telah dianjurkan oleh Dynasty View di Seri Austin. Sekolah kami telah menghantar 2 team pelajar lelaki serta 1 team pelajar perempuan. Dalam pertandingan ini, pelajar-pelajar perlu membuat EM bebola lumpur (mudball). Apa itu EM Mudball? EM Mudball ini berfungsi sebagai salah satu penyelesaian terhadap pencemaran air.
Dengan adanya EM MUDBALL, kita dapat mengurangkan
pencemaran air, meningkatkan kualiti air di tasik/sungai/parit/longkang. Kandungan/komposisi yang ada
dalam MUDBALL akan terurai dan bertindak untuk memusnahkan AMMONIA, NITROGEN
yang dijumpai dalam sumber air/ takungan air. Pelajar-pelajar Kelab Lestari SMK Taman Daya 2 telah membuat EM Mudball dengan penuh semangat dan dengan banyaknya. Hasilnya, pelajar-pelajar telah mendapat tempat pertama,kedua dan ketiga. TAHNIAH!
Kami dapat No 1, No 2 dan No 3 Anjuran Dyasty View Sdn Bhd |
Pasukan Basikal kita pun menang jugak |
Kami berkumpul |
kami menang .................. |
Nampak senang ... nilah mud ball namanya atau bebola lumpur |
em dalam masa 1 jam tau |
Hebatnya kami ..... lihatlah hasilnya |
beribu mud ball dihasilkan dalam masa 1 jam |
Nak cari air tuk basuh tangan |
em.... tepi sikit.... nak basuh tangan ni |
en Raymond ni orang kuat EM... terima kasih Dynasty View.. |
comekan..... |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan