BLOG INI TELAH DITERBITKAN PADA TAHUN 2012. BLOG LESTARI SMKTD2 MERUPAKAN BLOG YANG MEMAPARKAN TENTANG AKTIVITI LESTARI SMKTD2 BERSAMA PELAJAR, BADAN KERAJAAN , BADAN BUKAN KERAJAAN. TUJUANNYA ADALAH UNTUK BERKONGSI PENGALAMAN DENGAN DUNIA.
Rabu, 30 Januari 2013
MUDBALL KAMI JOHAN, NAIB JOHAN DAN KETIGA 2012
Buat pertama kalinya, Kelab Lestari SMK Taman Daya 2 telah menyertai 'EM Mudball Competition' dan Acara Berbasikal yang telah dianjurkan oleh Dynasty View di Seri Austin. Sekolah kami telah menghantar 2 team pelajar lelaki serta 1 team pelajar perempuan. Dalam pertandingan ini, pelajar-pelajar perlu membuat EM bebola lumpur (mudball). Apa itu EM Mudball? EM Mudball ini berfungsi sebagai salah satu penyelesaian terhadap pencemaran air.
Dengan adanya EM MUDBALL, kita dapat mengurangkan
pencemaran air, meningkatkan kualiti air di tasik/sungai/parit/longkang. Kandungan/komposisi yang ada
dalam MUDBALL akan terurai dan bertindak untuk memusnahkan AMMONIA, NITROGEN
yang dijumpai dalam sumber air/ takungan air. Pelajar-pelajar Kelab Lestari SMK Taman Daya 2 telah membuat EM Mudball dengan penuh semangat dan dengan banyaknya. Hasilnya, pelajar-pelajar telah mendapat tempat pertama,kedua dan ketiga. TAHNIAH!
| Kami dapat No 1, No 2 dan No 3 Anjuran Dyasty View Sdn Bhd |
| Pasukan Basikal kita pun menang jugak |
| Kami berkumpul |
| kami menang .................. |
| Nampak senang ... nilah mud ball namanya atau bebola lumpur |
| em dalam masa 1 jam tau |
| Hebatnya kami ..... lihatlah hasilnya |
| beribu mud ball dihasilkan dalam masa 1 jam |
| Nak cari air tuk basuh tangan |
| em.... tepi sikit.... nak basuh tangan ni |
| en Raymond ni orang kuat EM... terima kasih Dynasty View.. |
| comekan..... |
JUALAN KITAR SEMULA KALI KEDUA 25 JANUARI 2013
AJK Kebirus serta guru-guru SMK Taman Daya 2 telah menjalankan gotong-royong di semua bilik-bilik guru. Bilik-bilik guru telah dibersihkan dengan mengamalkan 5S, iaitu sisih, susun, sapu, seragam dan sentiasa amal. Selesainya operasi ini, semua kertas-kertas yang tidak digunakan lagi telah dikitar semula oleh Kelab Lestari.
JUAL BAHAN KITAR SEMULA ...PADA 1 JANUARI 2013
Sepanjang persekolahan 2012, kami telah menjalankan kitar semula kertas di SMK Taman Daya 2. Tong biru telah disediakan untuk mengisi kertas-kertas yang tidak digunakan lagi manakala tong coklat telah disediakan untuk kitar semula plastik. Kelab Lestari telah menghubungi pihak kitar semula untuk mengambil kertas-kertas dan plastik-plastik. Semoga dengan menjalankan kitar semula ini, SMK Taman Daya 2 telah membantu dalam menyelamatkan lebih banyak pokok-pokok dari ditebang untuk menghasilkan kertas baharu.
Selasa, 29 Januari 2013
OPERASI MENGECAT TONG KITAR SEMULA
| Cat elok2 ye faris .... nampak bersungguh kamu. |
| Hari nak hujan cepat wei... |
| yelah jawab haikal , nak cat lah ni |
| ha, haikal....macam nilah mengecat yang baik. |
| akhirnya kami berjaya menyiapkan .. syabas buat Akim, Faris dan Haikal. |
Langgan:
Catatan (Atom)