Ahad, 27 Oktober 2013

INFO SEKOLAH LESTARI DI KONGSI DR SMK JELUTONG

INFO SEKOLAH LESTARI DI KONGSI DR SMK JELUTONG 

Alam sekitar memainkan peranan yang penting dalam kehidupan seharian kita. Alam sekitar yang tidak tercemar memberikan kita satu suasana yang selesa dan menyamankan. Di samping memberi keselesaan kepada manusia, ia juga sedikit sebanyak akan menjejaskan aktiviti-aktiviti pembangunan negara sekiranya alam sekitar di negara kita tidak dijaga dengan baik. Selain daripada itu juga,alam sekitar adalah merupakan habitat bagi semua penghuni di alam ini.Contohnya binatang, fauna dan flora.

Persidangan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengenai Alam Sekitar dan Pembangunan di Rio de Janeiro pada 1992 adalah titik permulaan gagasan ‘pembangunan lestari’ diperkenalkan dan diterima oleh warga dunia sebagai pendekatan baru menuju abad ke-21. Pembangunan lestari atau ringkasnya dimaksudkan pembangunan yang membolehkan generasi semasa, memenuhi keperluannya tanpa mengkompromikan kemampuan generasi akan datang memenuhi keperluan mereka, perlu dipraktikkan oleh semua negara dunia sekiranya kita ingin menaruh harapan bahawa bumi untuk terus menampung keperluan asas manusia.

 Sekolah Lestari adalah Anugerah Alam Sekitar bertujuan untuk membentuk persekitaran sekolah yang menitikberatkan pemuliharaan dan pemeliharaan alam sekitar dalam aspek pengurusan,  kurikulum,kokurikulum dan penghijauan. Sekolah Lestari juga dapat di definisikan sebagai Anugerah Alam Sekitar membudayakan pendidikan alam sekitar dengan menerapkan nilai murni dalam aspek pengurusan, kurikulum, kokurikulum dan penghijauan secara berterusan bagi mewujudkan amalan hidup yang selaras dengan konsep pembangunan lestari. Pendidikan Alam Sekitar ialah pembelajaran untuk memahami interaksi manusia dengan alam sekitar dan bagaimana alam sekitar diuruskan dengan bijaksana dan bertanggungjawab ke arah kelestarian hidupan di bumi. Proses ini melibatkan pendidikan tentang alam sekitar, melalui alam sekitar dan untuk alam sekitar.

Objektif Sekolah Lestari ini adalah untuk  memupuk nilai murni alam sekitar pada kalangan warga sekolah.Selain daripada itu juga, ia dapat meningkatkan tahap kesedaran warga sekolah mengenai kepentingan pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar.Sepertimana yang kita sedia maklum bahawa pelajar-pelajar sekolah sememangnya perlu peka terhadap perkembangan dan aspek-aspek yang berkaitan dengan alam sekitar.Objektif seterusnya pula, adalah menggalakkan warga sekolah melaksanakan aktiviti  mesra alam dengan berkesan.Melalui sekolah lestari ini ia dapat meningkatkan kerjasama antara sekolah dengan masyarakat dalam menjayakan pendidikan alam sekitar dan dapat mewujudkan suasana sekolah yang kondusif bagi melahirkan warga sekolah yang mempraktikkan amalan hidup lestari.

Sabtu, 27 April 2013

LARIAN TEBRAU: We Need the OXYGEN!

                        Lestari SMK Taman Daya 2 telah menyertai larian di Setia Indah pada hari Sabtu, 27 April pada pukul 8 pagi. Seramai 115 orang pelajar diiringi oleh Puan Maznah, Puan Hadijah, Cik Alia, Cik Mazita,Cik Sazwani dan Encik Iman telah menyertai aktiviti ini. Selain SMK Taman Daya 2, terdapat juga para  peserta dari SMK Taman Daya 3, SJK(C) Pandan serta beberapa penduduk Setia Indah.
                      Aktiviti ini bertujuan untuk memberi pelajar-pelajar pendedahan tentang kepentingan menjaga kesihatan. Sambil berlari, para pelajar juga telah dapat menikmati serta menghargai alam sekitar disekeliling mereka. Mereka  mendapat kesedaran betapa pentingnya oksigen yang terhasil dari tumbuh-tumbuhan. Oleh itu, perlulah kita memelihara alam sekitar demi kesihatan kita semua.
                       Para pelajar serta beberapa guru telah berlari sepanjang 7 kilometer dengan penuh semangat. Kami telah menjalani aktiviti warm-up dan cool-down. Akhirnya, setelah selesai berlari, terdapat cabutan bertuah dan para pelajar serta guru SMK Taman Daya 2 telah memenangi pelbagai hadiah seperti hamper, meja belajar, periuk nasi, kipas serta tab.
                     Segalanya berjalan dengan lancar. Kami amat berterima kasih dengan pihak penganjur kerana telah menjemput kami untuk menyertai aktiviti ini.

Ahad, 21 April 2013

OUTSTANDING PERFORMANCE LESTARI SMKTD2! WELL DONE!

                    Sekali lagi, Kelab Lestari SMKTD2 telah menyertai pertandingan EM mudball dan fotografi yang dijalankan oleh Dynasty View,pada hari Ahad,21 April 2013 di Sri Austin.Seramai 31 orang pelajar, diiringi olehPuan Maznah (P.K. HEM), Puan Hadijah,Puan Siti Mariam serta Cik Alia Nur, telah menyertai pertandingan EM Mudball dan pertandingan fotografi. Pelajar-pelajar telah menjalani aktiviti ini dengan bersungguh-sungguh. Mereka telah mempelajari cara menjaga alam sekitar, merawat pencemaran air serta menghargai keindahan alam sekitar.
                 Hasilnya, 3 kumpulan telah mendapat tempat pertama,kedua dan ketiga dalam pertandingan EM Mudball! Pelajar-pelajar di tempat ketiga telah menghasilkan sebanyak 386 EM Mudball, kumpulan di tempat kedua telah menghasilkan sebanyak 387 EM Mudball manakala pelajar ditempat pertama telah menghasilkan sebanyak 560 biji EM Mudball! Tahniah di ucapkan kepada semua kumpulan!
                Dalam pertandingan fotografi pula, para pelajar telah menunjukkan bakat yang amat membanggakan. Mereka telah mengambil gambar-gambar lanskap-lanskap alam sekitar yang sangat indah, menarik,cantik dan kreatif. Keputusannya, pelajar Kelab Lestari SMKTD2 telah memenangi tempat pertama,kedua dan ketiga dalam pertandingan fotografi.Tahniah diucapkan sekali lagi kepada para pelajar!
                 Terima kasih kepada guru-guru yang tidak putus memberi tunjuk ajar kepada para pelajar. Semoga Lestari SMKTD2 akan terus maju dalam memupuk kesadaran menjaga alam sekitar dikalangan warga SMK Taman Daya 2.