Selasa, 13 Mei 2014

PANORAMA SMKTD2: WAKAF LESTARI DAN KANTIN SMKTD2

                         Wakaf Lestari terletak di belakang kantin sekolah. Sudut ini telah dijadikan tempat di mana terdapat informasi tentang aktiviti-aktiviti Lestari sekolah serta informasi berkaitan dengan Lestari.
                          Di sini jugalah kami mempamerkan hasil-hasil kerja oleh para pelajar. Pokok-pokok kecil telah ditanam oleh para pelajar dengan menggunakan pasu yang dikitar semula dari botol plastik. Pasu-pasu ini telah digantung di sekeliling wakaf. Selain itu, poster sayang alam sekitar yang dibuat oleh para pelajar juga telah dipamerkan. Pelbagai pokok juga telah ditanam disekeliling wakaf.
                           Tong kitar semula juga telah disediakan di kawasan wakaf ini dan disini jugalah stesen pembelian tin dari para pelajar telah dijalankan.
                             Di kantin sekolah, terdapat pelbagai pokok ditanam dan ini telah membuat kantin lebih hijau dan lestari. Selain itu, notis untuk mengingatkan warga SMKTD2 untuk menjimatkan air juga telah digantung. Mural yang bertemakan haiwan juga telah dilukis oleh guru seni dibantu pleh para pelajar. Yang paling membanggakan adalah guru Lestari SMKTD2, Pn Hadijah bt Hj Misran telah berjaya membuat sabun sendiri dari minyak dan sabun ini telah ditempatkan di kantin untuk penggunaan umum.
                .
                            Semua usaha ini telah menyumbangkan dalam melestarikan SMK Taman Daya 2




 
 
















                       














 
 










 


PANORAMA SMKTD2: TANDAS

                 SMK Taman Daya 2 telah memberi perhatian yang lebih terhadap tandas-tandas di SMK Taman Daya 2. SMK Taman Daya 2 telah menyertai Pertandingan Tandas selama  dua tahun berturut-turut dan telah memperoleh kemenangan.

                  Semua warga SMK Taman Daya 2 telah berusaha dengan bersungguh-sungguh dalam proses mencantikan dan melestarikan tandas-tandas di SMK Taman Daya 2.

                    Antaranya, banyak notis telah digantung di sekeliling tandas untuk memberi informasi serta mengingatkan warga SMK Taman Daya 2 agar menjimatkan penggunaan air. Selain itu, pokok-pokok kecil juga diletakkan di dalam tandas.

 
 






PANORAMA SMKTD2: SURAU

           
                  Surau adalah suatu tempat yang amat penting bagi warga SMK Taman Daya 2 kerana di sinilah muslimin dan muslimat solat serta manjalankan aktiviti-aktiviti keagamaan seperti membaca surah Yassin, tazkirah, kelas Pendidikan Islam dan pelbagai aktiviti lagi.
                   
                  Pelbagai pokok bunga telah ditanam disekeliling surau dan ini melestarikan lagi suasana SMK Taman Daya 2.
 
                 Notis telah diletakan juga di tempat-tempat mengambil wuduk dan notis itu mengingatkan warga SMK Taman Daya 2 agar menjimatkan penggunaan air.
 
                  Selain itu, surau ini dikelilingi pintu gelas dan ini telah membantu dalam penjimatan penggunaan lampu elektrik di dalam surau.
 
                  Ustaz serta ustazah di SMK Taman Daya 2 juga selalu memberi tazkirah tentang akhlak kita sebagai manusia di atas muka bumi ini, iaitu, segala kurniaan Tuhan di atas muka bumi ini adalah amanah kepada kita semua. Maka hendaklah kita menjaga amanah di atas muka bumi ini sebaik-baiknya seperti bersikap baik terhadap haiwan, perihala tumbuh-tumbuhan, elakkan apa segala pembaziran seperti air dan makanan serta jangan membuang sampah merata-rata.
 
 
 



 
 

 









PANORAMA SMKTD2: LAMAN KAABAH

                          
                        Di SMK Taman Daya 2, kami mempunyai matlamat untuk mendidik pelajar-pelajar Islam dengan didikan agama secukupnya. Oleh itu, peruntukan kawasan telah dibuat membuat LAMAN KAABAH. Tujuannya adalah untuk memberi para pelajar Islam pendidkan melalui aktivit 'hands-on'. Diharap dengan pembinaan laman ini, para pelajar dapat belajar dengan lebih efektif.
                       
                          Selain itu, laman kaabah ini juga telah menyumbang dalam MELESTARIKAN SMK Taman Daya 2. Pelbagai pokok telah ditanam disekeliling kaabah menjadikan suasana laman itu amat hijau,nyaman dan tenang.