Selasa, 13 Mei 2014

PERTANDINGAN KOIR

                             SMK Taman Daya 2 akan menyertai pertandingan koir yang akan bertemakan alam sekitar. Penyertaan ini adalah untuk memupuk kesadaran alam sekitar di kalangan para peserta, para pelajar serta semua para hadirin yang akan hadir.
                               Semoga dengan kesedaran ini, pelbagai usaha dalam menjaga alam sekitar dapat dijalankan dengan lebih giat lagi di bumi ini.
                            Selamat Maju Jaya kumpulan koir SMKTD2!

MUDBALL APRIL 2014

                      Pada bulan 20 April 2014, sekolah kami telah menghantar 20 orang pelajar untuk menyertai pertandingan membuat EM Mudball.              
                       Program ini dapat menyamaikan sikap prihatin terhadap alam sekitar serta membiasakan para pelajar dalam usaha-usaha memulihara alam sekitar. Selain itu, aktiviti dapat mendedahkan para pelajar kepada pelbagai teknologi tekini dalam usaha menjaga alam sekitar. Mungkin ini dapat memberi inspirasi kepada mereka untuk bercita-cita untuk menggunakan teknologi dalam memperbaik dan memulihara alam sekitar.
 

                      Akhirnya, sekolah kami telah mendapat tempat ke dua dan ketiga dalam pertandingan ini. Tahniah!

KITAR SEMULA 2014

                Aktiviti kitar semula dijalankan di SMK Taman Daya 2. Ini adalah untuk memupuk semangat kitar semula dikalangan warga SMKTD2 agar mereka sentiasa mengamalkannya di sekolah dan juga di tempat-tempat lain.
                Aktiviti kitar semula yang pertama adalah kelab Lestari akan membeli tin-tin kosong dari para pelajar. Kemudian kami akan menjualnya semula di pusat kitar semula.
                Seterusnya, semasa proses kemaskini bilik guru serta kawasan sekolah, segala kertas-kertas dan bahan-bahan terpakai telah dijual. Pusat kitar semula telah dating ke sekolah kami dan membeli barang-barang kitar semula.
                Selain itu, pekerja-pekerja yang membersihkan kawasan sekolah juga mengamalkan kitar semula, iaitu mereka mengasingkan sampah dan bahan-bahan kitar semula seperti tin dan botol-botol plastik.
                  Diharapkan budaya ini dapat menjadi amalan hidup bagi semua warga SMKTD2 dalam melestarikan alam sekitar.


 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 


PELANCARAN LESTARI 2014


                               Pada Februari 2014, kelab Lestari telah melancarkan Program Lestari 2014 di SMK Taman Daya 2. Ucapan telah diberi oleh bonda SMK Taman Daya 2, Pn Hjh Zainab BT Laimang dan seterusnya melancarkan program ini.
                               Persembahan nyanyian telah dibuat oleh para pelajar, diesertai oleh tarian dengan iringan alat muzik yang dibuat dari tin-tin kosong. Seterusnya, sajak dan public speaking yang bertemakan alam sekitar telah dipersembahkan.
                               Kami mengharapkan dan mendoakan agar semua program-program yang dirancang pada tahun ini akan disertai oleh semua warga SMKTD2 dan dijalankan dengan jayanya. Amin...











LESTARI DI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA 2014


                          Pada 29 Februari dan 30 Mac 2014, SMK Taman Daya 2 telah menghantar 12 pelajar diiringi Pn Hadijah serta Cik Alia untuk program ini yang dijalankan selama dua hari.
                          Pada hari pertama, kami telah menyertai aktiviti explorace. Para pelajar dapat bergembira disamping menikmati alam sekitar disekeliling mereka. Mereka telah memenangi tempat pertama dan kedua dalam acara ini! Tahniah!
                          Pada hari kedua, ceramah-ceramah yang berkaitan dengan Lestari UTM, Indah Water (sistem air dan perparitan) dan Jabatan alam sekitar telah diberi dan pelbagai informasi yang berguna telah dikongsi dan dapat dipelajari.
                           Kemudian, acara pemberian hadiah telah dijalankan. Seterusnya, ahli perwakilan pelajar UTM telah membawa kami ke panorama UTM, melihat tasik dan taman yang telah diusahakan di UTM dan dipenuhi flora yang amat indah serta fauna seperti itik dan ayam belanda. Kami juga dapat melawat Taman Rusa dan kami dapat melihat rusa serta landak.
                           Pada waktu malam, kami telah menghadiri upacara perasmian bulan Lestari UTM.
Pelbagai pengalaman telah dipelajari dan para pelajar kami berasa amat bersyukur dapat melihat kawasan Lestari di skala yang besar, iaitu di institut pengajian tinggi.


 
 

 
 



 
 


HARI HIJAU DI SMK AYER BALOI, PONTIAN


                       Pada November 2013, Sekolah Lestari SMKTD2 telah sertai Hari Hijau di SMK Ayer Baloi, Pontian. Pelajar-pelajar telah diiringi oleh guru-guru Lestari iaitu Pn Hadijah, Pn Mariam serta Pn Siti Rupawan.
                        Sekolah kami telah menghantar kumpulan koir serta choral speaking. Mereka telah menyanyikan lagu alam sekitar serta mempersembahkan choral speaking yang bertajuk 'Love the Earth' yang telah dilatih oleh guru-guru Lestari, iaitu Pn Hadijah serta Cik Alia Nur.
                         Di Pontian, kami telah menyertai aktiviti-aktiviti serta mendapat pelbagai informasi yang penting tentang melestarikan alam sekitar.
                          

 

PROJEK-PROJEK UNTUK MASA HADAPAN (PENANAMAN CILI DAN JAGUNG)

                   
                      Sekolah Lestari SMK Taman Daya 2 telah merancang penanaman dua jenis tumbuhan, iaitu pokok cili serta pokok jagung. Perancangan ini adalah untuk menambahkan lagi jenis-jenis tumbuhan di sekolah. Diharapkan juga dengan adanya penanaman ini, nutrisi dalam tanah dapat dipelbagaikan serta memupuk nilai bercucuk tanam dikalangan warga SMKTD2.