Khamis, 15 Mei 2014

PANORAMA SMKTD2: TEMA ALAM SEKITAR (MURAL, LANSKAP, KELAS)

                      Prihatin terhadap alam sekitar adalah satu nilai yang amat berharga dalam diri manusia dan ia menentukan masa depan kita dan dunia ini. Salah satu cara untuk menerapkan keprihatinan dan kasih sayang terhadap alam sekitar adalah dengan memilih tema alam sekitar untuk buat beberapa kawasan di SMKTD2. Antaranya:

                   1. Mural-mural di koridor sekolah, kantin dan perkarangan sekolah
                   2. Kelas bertemakan alam sekitar
                   3. Lanskap sekolah yang ditanam pokok-pokok

Semua guru-guru, para pelajar, kelas-kelas  dan warga SMKTD2 telah berusaha keras dari semasa ke semasa dalam melaksanakan tema ini secara berperingkat. Syabas warga SMKTD2 atas usaha gigih anda! Teruskan usaha murni ini :)


MURAL-MURAL DI BEBARAPA KAWASAN SEKOLAH
 
 










LANSKAP TUMBUH-TUMBUHAN









 
 
KELAS-KELAS YANG BERTEMAKAN ALAM SEKITAR
 




 
 



 


PANORAMA SMKTD2: TAMAN HERBA, TAMAN KAKTUS, TREE NURSERY

                               SMK Taman Daya 2 telah membuat taman kaktus dan taman herba. Taman kaktus berada kawasan hadapan sekolah manakala Taman Herba berada berdekatan dengan bengkel Kemahiran Hidup sementara Tree Nursery berada di sebelah tempat letak basikal.
                                Tujuan taman-taman ini dibuat adalah untuk mendidik warga SMK Taman Daya 2 tentang jenis-jenis flora yang pelbagai di muka bumi ini, memupuk semangat cintakan tumbuh-tumbuhan selain mencantikkan kawasan sekolah dengan warna hijau diserikan lagi dengan warna-warna bunganya.


TAMAN KAKTUS







 
TAMAN  HERBA




 
 
TREE NURSERY
 
 
 


 
 
 
 


SOLAR CAR 2014

                          Usaha pencarian sumber tenaga yang tidak membahayakan alam sekitar adalah suatu usaha yang amat berharga dan murni. Sempena bulan Sains dan Matematik, para pelajar telah berusaha bersungguh-sungguh dalam menghasilkan kereta tanpa menggunakan bahan yang membahayakan alam sekitar. Sebaliknya, mereka menggunakan tenaga semulajadi, iaitu tenaga cahaya dari matahari dan tenaga ini dapat menggerakkan kereta, dan ini dipanggil 'Solar Car'.
                          Selain membina solar car, para pelajar juga telah membuat perlumbaan antara mereka, maka mereka dapat bergembira sambil melakukan projek ini. Tahniah para pelajar dan guru-guru pembimbing di atas usaha inovatif anda!
 
 
 
 
 





 


Rabu, 14 Mei 2014

SOLAR COOKING DAN SOLAR BOAT

                      Pada bulan April 2014 adalah bulan sains dan matematik. Salah satu aktiviti yang diadakan adalah membuat solar boat dan solar cooking. Dengan menggunakan solar, manusia dapatlah menggunakan idea dan inovasi yang cerdas agar hasil kerja mereka realistic dan mendatangkan banyak manfaat kepada alam sekitar.
                      Dengan adanya pertandingan ini, para pelajar dapat eksplor, mencari bahan-bahan dan membuat solar cooking. Ini dapat menyedarkan para pelajar serta penonton tentang penggunaan bahan-bahan yang membantu menyelamatkan alam sekitar.
                       Pertandingan-pertandingan ini telah berjalan dengan lancer dan mendapat sambutan yang hangat dikalangan warga SMKTD2. Para pelajar dapat berseronok sambil mempelajari dan mempraktikkan ilmu yang mereka pelajari dalam menghasilkan sesuatu yang dapat menyelamatkan alam sekitar!

Selasa, 13 Mei 2014

MUDBALL SEPTEMBER 2013


                   Pada 14 September 2013, SMKTD2 telah menyertai pertandingan membuat EM mudball sempena Love Environment Day anjuran Dynasty View dan TM. Kemudian, pelajar telah membaling mudball ke dalam tasik.
                  Akhirnya, mereka telah memenangi tempat pertama, kedua dan ketiga. Tahniah!