Khamis, 4 Oktober 2012

PROGRAM LESTARI BERSAMA SMK SULTAN SULAIMAN TERENGGANU



Pada Julai 2012, Kelab Lestari SMK Taman Daya 2,Johor Bahru telah berjaya mengeratkan silaturahim bersama SMK Sultan Sulaiman , Terengganu.  Kami telah membuat lawatan penanda aras ke sekolah tersebut. Pihak kami telah memberi maklumat tentang program Lestari dan aktiviti-aktivitinya dan pihak mereka telah memberi pelbagai maklumat tentang program-program serta kejayaan sekolah mereka. Sebagai tanda terima kasih kerana sudi menerima sekolah kami, pihak SMK Taman Daya 2 telah menyumbangkan pokok mangga kepada SMK Sultan Sulaiman. Semoga, dengan adanya program-program sebegini, dapatlah Kelab Lestari SMK Taman Daya 2 meningkatkan kesedaran alam sekitar dikalangan pelajar-pelajar yang suatu hari akan menjadi masyarakat yang prihatin pada masa hadapan.


GAMBAR BERSAMA GURU DAN PELAJAR LESTARI SMK SULTAN SULAIMAN
SERAMAI 10 PELAJAR DARI SMK TAMAN DAYA 2

PROGRAM PENANAMAN POKOK MANGGA ADALAH SIMBOLIK KEPADA LAWATAN KELAB LESTARI KEPADA SMK SULTAN SULAIMAN, TERENGGANU. POKOK TU DARI TAMAN DAYA .. TU PERGH MACAM TAK CAYA PULAK

PK 1  SMK SULTAN SULAIMAN  BERSAMA KAMI

BERTUAH SUNGGUH KAMI DAPAT MENANAM POKOK DI ASRAMA PUTRI... EMM MOGA POKOK NI BERBUAH DENGAN LEBAT

SIRAM JANGAN TAK SIRAM.. LEPAS NI SIRAM TAU... BAJA JUGAK
EM ... NI LAH POKOK ASAL TU




Tiada ulasan:

Catat Ulasan