Pada Julai 2012, Kelab Lestari telah mengadakan
program 'Selamatkan Penyu!' di Pantai Rantau Abang. Guru-guru serta
pelajar-pelajar telah diberi penerangan tentang keadaan penyu di dunia
ini dan betapa mereka perlukan belas kasihan manusia. Sudah tidak banyak
lagi penyu mendarat di Malaysia seperti tahun-tahun sebelum ini.
Kebanyakan penyu tidak mampu hidup lama disebabkan oleh termakan
plastik-plastik yang dibuang, pencemaran air, penjualan telur-telur
penyu atau mati terkena kipas kapal di laut. Oleh itu, warga SMK Taman
Daya 2, Johor Bahru serta Kelab Lestari berasa amat bertuah kerana kami
dapat melepaskan anak-anak penyu ke laut buat pertama kalinya dalam
hidup kami. Dengan adanya aktiviti ini, kami dapat meningkatkan
kesedaran dan keprihatinan terhadap tanggungjawab manusia sebagai
penjaga flora dan fauna di bumi ini.
|
Lawatan ke Rantau Abang telah dijalankan pada 15 Julai 2012.
BalasPadam