Rabu, 30 Januari 2013

MUDBALL KAMI JOHAN, NAIB JOHAN DAN KETIGA 2012

           Buat pertama kalinya, Kelab Lestari SMK Taman Daya 2 telah menyertai 'EM Mudball Competition' dan Acara Berbasikal yang telah dianjurkan oleh Dynasty View di Seri Austin. Sekolah kami telah menghantar 2 team pelajar lelaki serta 1 team pelajar perempuan. Dalam pertandingan ini, pelajar-pelajar perlu membuat EM bebola lumpur (mudball). Apa itu EM Mudball? EM Mudball ini berfungsi sebagai salah satu penyelesaian terhadap pencemaran air. Dengan adanya EM MUDBALL, kita dapat mengurangkan pencemaran air, meningkatkan kualiti air di tasik/sungai/parit/longkang. Kandungan/komposisi yang ada dalam MUDBALL akan terurai dan bertindak untuk memusnahkan AMMONIA, NITROGEN yang dijumpai dalam sumber air/ takungan air. Pelajar-pelajar Kelab Lestari SMK Taman Daya 2 telah membuat EM Mudball dengan penuh semangat dan dengan banyaknya. Hasilnya, pelajar-pelajar telah mendapat tempat pertama,kedua dan ketiga. TAHNIAH!


Kami dapat No 1, No 2 dan No 3 Anjuran Dyasty View Sdn Bhd 

Pasukan Basikal kita pun menang jugak 

Kami berkumpul 

kami menang ..................
Nampak senang ... nilah mud ball namanya atau bebola lumpur

em dalam masa 1 jam tau 

Hebatnya kami ..... lihatlah hasilnya 

beribu mud ball dihasilkan dalam masa 1 jam

Nak cari air tuk basuh tangan 

em.... tepi sikit.... nak basuh tangan ni

en Raymond ni orang kuat EM... terima kasih Dynasty View..
comekan.....



JUALAN KITAR SEMULA KALI KEDUA 25 JANUARI 2013

AJK Kebirus serta guru-guru SMK Taman Daya 2 telah menjalankan gotong-royong di semua bilik-bilik guru. Bilik-bilik guru telah dibersihkan dengan mengamalkan 5S, iaitu sisih, susun, sapu, seragam dan sentiasa amal. Selesainya operasi ini, semua kertas-kertas yang tidak digunakan lagi telah dikitar semula oleh Kelab Lestari. 
 
 










 

JUAL BAHAN KITAR SEMULA ...PADA 1 JANUARI 2013

 
 
 
Sepanjang persekolahan 2012, kami telah menjalankan kitar semula kertas di SMK Taman Daya 2. Tong biru telah disediakan untuk mengisi kertas-kertas yang tidak digunakan lagi manakala tong coklat telah disediakan untuk kitar semula plastik. Kelab Lestari telah menghubungi pihak kitar semula untuk mengambil kertas-kertas dan plastik-plastik. Semoga dengan menjalankan kitar semula ini, SMK Taman Daya 2 telah membantu dalam menyelamatkan lebih banyak pokok-pokok dari ditebang untuk menghasilkan kertas baharu.
 
 
 













Selasa, 29 Januari 2013

OPERASI MENGECAT TONG KITAR SEMULA

Kelab Lestari telah mengambil inisiatif untuk menggalakkan lagi aktiviti kitar semula dengan menyediakan tong-tong berwarna jingga untuk kitar semula tin. Pelajar-pelajar Kelab Lestari telah bekerjasama mengecat tong-tong yang telah dibeli oleh Pn Hadijah. Diharap, dengan adanya tong-tong ini, semua pelajar-pelajar SMK Taman Daya 2 mendapat kesedaran tentang kitar semula dan mempraktikkannya dalam kehidupan seharian.


Akim mengecat tong sampah untuk program kitar semula bagi mengumpul tin .

Cat elok2 ye faris .... nampak bersungguh kamu.

Hari nak hujan cepat wei...

yelah jawab haikal , nak cat lah ni

ha, haikal....macam nilah mengecat yang baik.

akhirnya kami berjaya menyiapkan .. syabas buat Akim, Faris dan Haikal.

Isnin, 7 Januari 2013

Kebun Lestari SMK Taman Daya 2

Lestari SMK Taman Daya 2 telah memulakan tahun 2013 dengan menjalankan projek pertama iaitu Kebun Lestari SMK Taman Daya 2. Pada 6 Januari 2013, pelbagai proses telah dijalankan untuk mendirikan kebun ini. Kelab Lestari telah menanam pokok pisang, pokok kelapa, pokok keladi air dan pokok kantan. Beberapa guru Lestari telah bekerjasama dalam menjayakan projek permulaan ini, antaranya Pn Hadijah Bt Hj Misran, En Khairul Anuar, En. Ahmad Doraini dan Cik Alia Nur Dodgson.

 Tapak kebun yang sudah digembur


Tapak kebun sebelum penanaman anak benih




Lubang-lubang digali oleh guru-guru untuk penanaman anak benih
 
 
 
 
Guru-guru gigih menyediakan baja
 
 
 
"Ya!Berjaya mendapatkan anak benih pokok pisang!"
 
 
 
"Jom mencangkul ^_^ "
 
 
 
 
Anak benih pokok kelapa di tepi pagar sekolah
 
 
 
 
Mari berbakti kepada tanah!
 
 
 
Teruskan usaha!




Selepas penanaman anak-anak benih
 
 
 
 
 
 
Anak benih pokok kelapa
 
 
 
 

 
Anak benih pokok pisang
 
 
 
 



 
 
 
 
 
 
 
 
 

 Guru-guru Lestari akan bekerjasama dengan pelajar-pelajar Kelab Lestari dalam menjaga anak-anak benih ini. Semoga kebun ini menghijaukan panorama dan bumi SMK Taman Daya 2.