Selasa, 13 Mei 2014

LESTARI DI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA 2014


                          Pada 29 Februari dan 30 Mac 2014, SMK Taman Daya 2 telah menghantar 12 pelajar diiringi Pn Hadijah serta Cik Alia untuk program ini yang dijalankan selama dua hari.
                          Pada hari pertama, kami telah menyertai aktiviti explorace. Para pelajar dapat bergembira disamping menikmati alam sekitar disekeliling mereka. Mereka telah memenangi tempat pertama dan kedua dalam acara ini! Tahniah!
                          Pada hari kedua, ceramah-ceramah yang berkaitan dengan Lestari UTM, Indah Water (sistem air dan perparitan) dan Jabatan alam sekitar telah diberi dan pelbagai informasi yang berguna telah dikongsi dan dapat dipelajari.
                           Kemudian, acara pemberian hadiah telah dijalankan. Seterusnya, ahli perwakilan pelajar UTM telah membawa kami ke panorama UTM, melihat tasik dan taman yang telah diusahakan di UTM dan dipenuhi flora yang amat indah serta fauna seperti itik dan ayam belanda. Kami juga dapat melawat Taman Rusa dan kami dapat melihat rusa serta landak.
                           Pada waktu malam, kami telah menghadiri upacara perasmian bulan Lestari UTM.
Pelbagai pengalaman telah dipelajari dan para pelajar kami berasa amat bersyukur dapat melihat kawasan Lestari di skala yang besar, iaitu di institut pengajian tinggi.


 
 

 
 



 
 


HARI HIJAU DI SMK AYER BALOI, PONTIAN


                       Pada November 2013, Sekolah Lestari SMKTD2 telah sertai Hari Hijau di SMK Ayer Baloi, Pontian. Pelajar-pelajar telah diiringi oleh guru-guru Lestari iaitu Pn Hadijah, Pn Mariam serta Pn Siti Rupawan.
                        Sekolah kami telah menghantar kumpulan koir serta choral speaking. Mereka telah menyanyikan lagu alam sekitar serta mempersembahkan choral speaking yang bertajuk 'Love the Earth' yang telah dilatih oleh guru-guru Lestari, iaitu Pn Hadijah serta Cik Alia Nur.
                         Di Pontian, kami telah menyertai aktiviti-aktiviti serta mendapat pelbagai informasi yang penting tentang melestarikan alam sekitar.
                          

 

PROJEK-PROJEK UNTUK MASA HADAPAN (PENANAMAN CILI DAN JAGUNG)

                   
                      Sekolah Lestari SMK Taman Daya 2 telah merancang penanaman dua jenis tumbuhan, iaitu pokok cili serta pokok jagung. Perancangan ini adalah untuk menambahkan lagi jenis-jenis tumbuhan di sekolah. Diharapkan juga dengan adanya penanaman ini, nutrisi dalam tanah dapat dipelbagaikan serta memupuk nilai bercucuk tanam dikalangan warga SMKTD2.

PANORAMA SMKTD2: WAKAF LESTARI DAN KANTIN SMKTD2

                         Wakaf Lestari terletak di belakang kantin sekolah. Sudut ini telah dijadikan tempat di mana terdapat informasi tentang aktiviti-aktiviti Lestari sekolah serta informasi berkaitan dengan Lestari.
                          Di sini jugalah kami mempamerkan hasil-hasil kerja oleh para pelajar. Pokok-pokok kecil telah ditanam oleh para pelajar dengan menggunakan pasu yang dikitar semula dari botol plastik. Pasu-pasu ini telah digantung di sekeliling wakaf. Selain itu, poster sayang alam sekitar yang dibuat oleh para pelajar juga telah dipamerkan. Pelbagai pokok juga telah ditanam disekeliling wakaf.
                           Tong kitar semula juga telah disediakan di kawasan wakaf ini dan disini jugalah stesen pembelian tin dari para pelajar telah dijalankan.
                             Di kantin sekolah, terdapat pelbagai pokok ditanam dan ini telah membuat kantin lebih hijau dan lestari. Selain itu, notis untuk mengingatkan warga SMKTD2 untuk menjimatkan air juga telah digantung. Mural yang bertemakan haiwan juga telah dilukis oleh guru seni dibantu pleh para pelajar. Yang paling membanggakan adalah guru Lestari SMKTD2, Pn Hadijah bt Hj Misran telah berjaya membuat sabun sendiri dari minyak dan sabun ini telah ditempatkan di kantin untuk penggunaan umum.
                .
                            Semua usaha ini telah menyumbangkan dalam melestarikan SMK Taman Daya 2




 
 
















                       














 
 










 


PANORAMA SMKTD2: TANDAS

                 SMK Taman Daya 2 telah memberi perhatian yang lebih terhadap tandas-tandas di SMK Taman Daya 2. SMK Taman Daya 2 telah menyertai Pertandingan Tandas selama  dua tahun berturut-turut dan telah memperoleh kemenangan.

                  Semua warga SMK Taman Daya 2 telah berusaha dengan bersungguh-sungguh dalam proses mencantikan dan melestarikan tandas-tandas di SMK Taman Daya 2.

                    Antaranya, banyak notis telah digantung di sekeliling tandas untuk memberi informasi serta mengingatkan warga SMK Taman Daya 2 agar menjimatkan penggunaan air. Selain itu, pokok-pokok kecil juga diletakkan di dalam tandas.