BLOG INI TELAH DITERBITKAN PADA TAHUN 2012. BLOG LESTARI SMKTD2 MERUPAKAN BLOG YANG MEMAPARKAN TENTANG AKTIVITI LESTARI SMKTD2 BERSAMA PELAJAR, BADAN KERAJAAN , BADAN BUKAN KERAJAAN. TUJUANNYA ADALAH UNTUK BERKONGSI PENGALAMAN DENGAN DUNIA.
Khamis, 24 Oktober 2013
Sabtu, 27 April 2013
LARIAN TEBRAU: We Need the OXYGEN!
Lestari SMK Taman Daya 2 telah menyertai larian di Setia Indah pada hari Sabtu, 27 April pada pukul 8 pagi. Seramai 115 orang pelajar diiringi oleh Puan Maznah, Puan Hadijah, Cik Alia, Cik Mazita,Cik Sazwani dan Encik Iman telah menyertai aktiviti ini. Selain SMK Taman Daya 2, terdapat juga para peserta dari SMK Taman Daya 3, SJK(C) Pandan serta beberapa penduduk Setia Indah.
Aktiviti ini bertujuan untuk memberi pelajar-pelajar pendedahan tentang kepentingan menjaga kesihatan. Sambil berlari, para pelajar juga telah dapat menikmati serta menghargai alam sekitar disekeliling mereka. Mereka mendapat kesedaran betapa pentingnya oksigen yang terhasil dari tumbuh-tumbuhan. Oleh itu, perlulah kita memelihara alam sekitar demi kesihatan kita semua.
Para pelajar serta beberapa guru telah berlari sepanjang 7 kilometer dengan penuh semangat. Kami telah menjalani aktiviti warm-up dan cool-down. Akhirnya, setelah selesai berlari, terdapat cabutan bertuah dan para pelajar serta guru SMK Taman Daya 2 telah memenangi pelbagai hadiah seperti hamper, meja belajar, periuk nasi, kipas serta tab.
Segalanya berjalan dengan lancar. Kami amat berterima kasih dengan pihak penganjur kerana telah menjemput kami untuk menyertai aktiviti ini.
Ahad, 21 April 2013
OUTSTANDING PERFORMANCE LESTARI SMKTD2! WELL DONE!
Sekali lagi, Kelab Lestari SMKTD2 telah menyertai pertandingan EM mudball dan fotografi yang dijalankan oleh Dynasty View,pada hari Ahad,21 April 2013 di Sri Austin.Seramai 31 orang pelajar, diiringi olehPuan Maznah (P.K. HEM), Puan Hadijah,Puan Siti Mariam serta Cik Alia Nur, telah menyertai pertandingan EM Mudball dan pertandingan fotografi. Pelajar-pelajar telah menjalani aktiviti ini dengan bersungguh-sungguh. Mereka telah mempelajari cara menjaga alam sekitar, merawat pencemaran air serta menghargai keindahan alam sekitar.
Hasilnya, 3 kumpulan telah mendapat tempat pertama,kedua dan ketiga dalam pertandingan EM Mudball! Pelajar-pelajar di tempat ketiga telah menghasilkan sebanyak 386 EM Mudball, kumpulan di tempat kedua telah menghasilkan sebanyak 387 EM Mudball manakala pelajar ditempat pertama telah menghasilkan sebanyak 560 biji EM Mudball! Tahniah di ucapkan kepada semua kumpulan!
Dalam pertandingan fotografi pula, para pelajar telah menunjukkan bakat yang amat membanggakan. Mereka telah mengambil gambar-gambar lanskap-lanskap alam sekitar yang sangat indah, menarik,cantik dan kreatif. Keputusannya, pelajar Kelab Lestari SMKTD2 telah memenangi tempat pertama,kedua dan ketiga dalam pertandingan fotografi.Tahniah diucapkan sekali lagi kepada para pelajar!
Terima kasih kepada guru-guru yang tidak putus memberi tunjuk ajar kepada para pelajar. Semoga Lestari SMKTD2 akan terus maju dalam memupuk kesadaran menjaga alam sekitar dikalangan warga SMK Taman Daya 2.
Hasilnya, 3 kumpulan telah mendapat tempat pertama,kedua dan ketiga dalam pertandingan EM Mudball! Pelajar-pelajar di tempat ketiga telah menghasilkan sebanyak 386 EM Mudball, kumpulan di tempat kedua telah menghasilkan sebanyak 387 EM Mudball manakala pelajar ditempat pertama telah menghasilkan sebanyak 560 biji EM Mudball! Tahniah di ucapkan kepada semua kumpulan!
Dalam pertandingan fotografi pula, para pelajar telah menunjukkan bakat yang amat membanggakan. Mereka telah mengambil gambar-gambar lanskap-lanskap alam sekitar yang sangat indah, menarik,cantik dan kreatif. Keputusannya, pelajar Kelab Lestari SMKTD2 telah memenangi tempat pertama,kedua dan ketiga dalam pertandingan fotografi.Tahniah diucapkan sekali lagi kepada para pelajar!
Terima kasih kepada guru-guru yang tidak putus memberi tunjuk ajar kepada para pelajar. Semoga Lestari SMKTD2 akan terus maju dalam memupuk kesadaran menjaga alam sekitar dikalangan warga SMK Taman Daya 2.
Rabu, 30 Januari 2013
KITAR SEMULA DEMI MASA DEPAN
Satu lagi projek kelab Lestari untuk tahun 2013 adalah..... 'Mengitar Semula Tin-tin Kosong!'. Kita selalu melihat tin-tin minuman dibuang ke dalam tong-tong sampah biasa. Ini tidak membantu dalam menyelamatkan alam sekitar. Jika bahan mineral yang digunakan untuk membuat tin minuman sentiasa digunakan, suatu hari nanti, bahan-bahan mineral itu akan berkurangan. Dengan kitar semula, kita mampu membantu dalam mengurangkan penggunaan bahan mineral tersebut. Oleh itu, Kelab Lestari SMK Taman Daya 2 memulakan projek 'Mengitar Semula Tin-tin Kosong!'.
Pn. Hadijah Binti Hj Misran, guru Lestari, telah menggalakkan para pelajar untuk mengitar semula tin-tin minuman di perhimpunan sekolah pada 9 Januari 2013. Dengan inisiatif guru-guru Lestari, beberapa tong kitar semula berwarna jingga telah disediakan di kantin sekolah SMK Taman Daya 2 pada 17 Januari 2013. Pelajar-pelajar SMK Taman Daya 2 telah menggunakan tong-tong jingga ini dengan baik sekali. Pada 30 Januari, ahli-ahli kelab Lestari telah menjalankan operasi mengemekkan tin-tin minuman.
Pelajar-pelajar kelab Lestari serta tong-tong kitar semula
"Kami bersedia untuk kitar semula!"
"Jom mulakan operasi mngemek tin!"
Secara tidak langsung, dengan adanya tong-tong kitar semula ini di sudut-sudut kantin sekolah, pelajar-pelajar SMK Taman Daya 2 dapat mempraktikan budaya kitar semula dalam kehidupan seharian mereka. Ini menambahkan kepekaan pelajar-pelajar terhadap alam sekitar.
PERTANDINGAN BANNER PERINGKAT NEGERI JOHOR ( ALAM SEKITAR) ANJURAN JABATAN ALAM SEKITAR
| "macam mana nak buat ni..... satu hari je tinggal" |
| khusyuknya ...... |
| Pelajar menampal perkataan "selamatkan penyu kita " dengan menggunakan keratan akhbar yang telah digulung. |
| apa yang penting " kerjasama" |
| pening -pening .... sampai petang tau... semangat mesti ada |
| Terima kasih buat Pn hadijah dan Cikgu Alia kerana bagi sokongan |
| cantik tak? |
| Tengok betul2 ... cantikkkkkkkkkkkkkk |
| kami berarak di Mini stadium Pontian. |
| Kami tunjuk piece lah.... tu yang dapat no 2 tu.... |
| amboi kenapa tunduk? |
| Tahniah .... kami dapat RM 500 , kami Naib Johan Pertandingan Melukis Banner Alam sekitar. |
| em..... 1,2,3 .... senyum |
| Dato Ahmad Maslan bagi Hadiah dan cek ... |
| Wow ... kami amat bangga. |
| Bangga smk taman daya 2... tahniah |
| Penat... tapi berbaloi... |
Langgan:
Catatan (Atom)




