Rabu, 5 Februari 2014

AYUH KE DESARU FRUIT FARM DAN TAMAN HERBA NASUHA!!!

     Pada November 2013, seramai 20 pelajar-pelajar SMKTD2 diiringi oleh 2 guru Lestari, Pn. Hadijah dan Cik Alia serta 2 guru persatuan Geografi iaitu Pn Siti Mariam telah berjaya menjalankan aktiviti lawatan sambil belajar ke Desaru Fruit Farm serta Taman Herba Nasuha.
    Di kedua-dua tempat ini, para pelajar serta guru-guru telah dibawa ke kebun buah-buahan, tanaman herba serta beberapa tanaman-tanaman lain. Seorang pemandu pelancong/ 'guide' telah memberi banyak keterangan dan manfaat tentang tanaman-tanaman tersebut.
  Kemudian kami telah diberi peluang untuk menikmati jus asli (di Desaru Fruit Farm) dan minuman herba (Di Taman Heba Nasuha) yang telah dihasilkan dari tanaman-tanaman disitu. Amat memuaskan dan menyegarkan!
   Selepas itu, kami telah dibawa ke mini-zoo di Desaru Fruit Farm, dimana terdapat haiwan-haiwan ternakan dan haiwan-haiwan lain seperti ayam, itik, arnab, kambing, burung unta, monyet dan pelbagai lagi. Warga SMKTD2 kelihatan seronok melihat serta memberi makanan kepada sebahagian binatang-binatang tersebut.
    Kami juga telah diberi ceramah tentang khasiat madu yang dihasilkan oleh lebah. Madu boleh membantu kesihatan manusia keran ia memberi pelbagai manfaat.
  Akhir sekali, kami telah diberi peluang untuk menikmati makan tengahari dimana lauk yang enak dihidangkan, disertai dengan buah-buahan yang kami lihat sebentar tadi sebagai pencuci mulut. Kami rasa amat bertuah kerana dapat menikmati pengalaman yang amat menyeronokkan ini.
   Dengan adanya lawatan sambil belajar ini, para pelajar serta guru-guru telah mendapat pelbagai kesedaran tentang betapa pentingnya flora dan fauna ini dalam hidup kita. Kami dapat memupuk perasaan kasih sayang terhadap tumbuh-tumbuhan serta haiwan-haiwan di kebun ini. Diharapkan dengan kesedaran ini, warga SMKTD2 akan memupuk rasa tanggungjawab dalam memastikan flora dan fauna tidak pupus untuk generasi di masa hadapan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan