Pada 23 Oktober 2013, SMK Taman Daya 2 telah dijemput untuk menyertai Karnival Lestari - Bumi Hijau Pusaka Lestari di Sekolah Engku Tun Aminah (SETA). Seramai 10 orang pelajar tingkatan 3 diiringi oleh guru Lestari, Cik Alia serta Guru Persatuan Geografi, Encik Khairul Anwar, telah mewakili SMKTD2 untuk menyertai program ini.
Dari peyertaan karnival ini, para pelajar telah banyak menimba ilmu yang berkaitan dengan alam sekitar. Kami telah mendengar ceramah dari wakil Jabatan Alam Sekitar yang menekankan kepentingan menjaga alam sekitar serta kitar semula.
Kemudian, kami telah diberi pendedahan tentang cara-cara membuat baja kompos.
Kemudian, taklimat cara-cara membuat EM mudball serta pertandingna EM mudball telah dijalankan.
Selepas itu, kami telah menyertai yang dijalankan oleh guru-guru serta pelajar-pelajar SETA.
Setelah bersungguh-sungguh berusaha disertai dengan semangat kesukanan dan semangat bekerja dalam kumpulan, pelajar-pelajar SMKTD2 telah mendapat tempat PERTAMA dalam acara sukaneka.
Selepas itu, aktiviti penanaman pokok di kawasan SETA telah dijalankan.
Pelajar-pelajar SMKTD2 berasa amat seronok, bangga dan bertuah kerana telah mendapat pengalaman yang amat berharga dan menimba pelbagai ilmu yang bermanfaat untuk sekolah dan untuk hidup mereka sendiri.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan