Rabu, 5 Februari 2014

GOTONG-ROYONG DI TABIKA DAN RUMAH ORANG TUA

    Pada November 2013, seramai 30 pelajar diiringi oleh 4 orang guru-guru Lestari SMKTD2 telah menjalankan aktiviti masyarakat, iaitu aktiviti gotong-royong di tabika dan rumah orang tua.

Di tabika, kami telah mengecat dinding dan membuat murel degan lukisan yang menarik untuk kanak-kanak di flat itu. Setrusnya, di tabika dan rumah orang tua, kami telah mengutip sampah-sampah dan menyapu longkang agar kawasan itu bersih, kemas dan rapi.

Sebelum kami pulang, kami sempat beramah mesra degan kanak-kanak di tabika serta warga emas di rumah orang tua. Kami rasa amat bertuah dan bersyukur kerana kami telah dapat melahirkan suasana yang bersih, kemas dan ceria untuk mereka.

Aktiviti ini dapat melahirkan perasaan tanggungjawab para pelajar dan meningkatkan kemahiran para pelajar dalam pengurusan tanam-tanaman di sebuah kompaun. Tumbuh-tumbuhan hendaklah dicantas dan dibaja mengikut kaedah yang betul agar tumbuh-tumbuhan dapat hidup dengan sempurna. Sampah-sampah juga haruslah diperhati dan dibuang agar tiada pencemaran berlaku dikawasan. Jika perkara ini tidak diberi perhatian, sampah-sampah boleh mencemarkan tanah, dan seterusnya secara perlahan-lahan, melayukan pokok-pokok. Oleh itu, program ini telah dapat meningkatkan lagi kesedaran para pelajar tentang penjagaan flora dimuka bumi ini agar ia dapat hidup berterusan dan tidak pupus.

AYUH KE DESARU FRUIT FARM DAN TAMAN HERBA NASUHA!!!

     Pada November 2013, seramai 20 pelajar-pelajar SMKTD2 diiringi oleh 2 guru Lestari, Pn. Hadijah dan Cik Alia serta 2 guru persatuan Geografi iaitu Pn Siti Mariam telah berjaya menjalankan aktiviti lawatan sambil belajar ke Desaru Fruit Farm serta Taman Herba Nasuha.
    Di kedua-dua tempat ini, para pelajar serta guru-guru telah dibawa ke kebun buah-buahan, tanaman herba serta beberapa tanaman-tanaman lain. Seorang pemandu pelancong/ 'guide' telah memberi banyak keterangan dan manfaat tentang tanaman-tanaman tersebut.
  Kemudian kami telah diberi peluang untuk menikmati jus asli (di Desaru Fruit Farm) dan minuman herba (Di Taman Heba Nasuha) yang telah dihasilkan dari tanaman-tanaman disitu. Amat memuaskan dan menyegarkan!
   Selepas itu, kami telah dibawa ke mini-zoo di Desaru Fruit Farm, dimana terdapat haiwan-haiwan ternakan dan haiwan-haiwan lain seperti ayam, itik, arnab, kambing, burung unta, monyet dan pelbagai lagi. Warga SMKTD2 kelihatan seronok melihat serta memberi makanan kepada sebahagian binatang-binatang tersebut.
    Kami juga telah diberi ceramah tentang khasiat madu yang dihasilkan oleh lebah. Madu boleh membantu kesihatan manusia keran ia memberi pelbagai manfaat.
  Akhir sekali, kami telah diberi peluang untuk menikmati makan tengahari dimana lauk yang enak dihidangkan, disertai dengan buah-buahan yang kami lihat sebentar tadi sebagai pencuci mulut. Kami rasa amat bertuah kerana dapat menikmati pengalaman yang amat menyeronokkan ini.
   Dengan adanya lawatan sambil belajar ini, para pelajar serta guru-guru telah mendapat pelbagai kesedaran tentang betapa pentingnya flora dan fauna ini dalam hidup kita. Kami dapat memupuk perasaan kasih sayang terhadap tumbuh-tumbuhan serta haiwan-haiwan di kebun ini. Diharapkan dengan kesedaran ini, warga SMKTD2 akan memupuk rasa tanggungjawab dalam memastikan flora dan fauna tidak pupus untuk generasi di masa hadapan.

Pertandingan EM Mudball sempena 'Hari Bapa' dan 'Love Our Earth Day Event'

  Pada 16 Jun 2013 dan 14 September 2013, pihak Dynasty View telah menganjurkan pertandingan membuat EM Mudball sempena 'Hari Bapa' dan 'Love Our Earth Day Event' (anjuran bersama TM). Program - program ini  telah dijalankan bagi meningkatkan kesedaran masyarakat setempat tentang kemajuan serta fungsi EM Mudball. SMKTD2 telah dijemput untuk menyertai pertandingan-pertandingan ini. Pelajar-pelajar SMKTD2, diiringi oleh guru Lestari, Cik Alia serta beberapa guru Geografi terdiri daripada Encik Khairul Anuar, Encik Ahmad Doraini serta Penolong Kanan Kokurikul, En. Wan Azmi, telah menyertainya dengan penuh semangat.

EM Mudball telah dapat dihasilkan dengan jayanya! Beberapa kumpulan dari SMKTD2 telah mendapat tempat pertama,kedua dan ketiga dalam pertandingan-pertandingan ini.

Selepas itu, para pelajar serta tetamu-tetamu kehormat telah diberi peluang untuk baling EM Mudball ke dalam tasik Kulat pada EM Mudball akan membersihkan pencemaran dalam tasik ini.

Oleh itu, dari program-program ini, para pelajar serta guru-guru telah dapat banyak pengalaman serta mempelajari ilmu yang mendalam tentang EM Mudball.


 
 
 
 

 


PAMERAN LESTARI SMKTD2

    Pada Jun 2013, skuad Lestari yang terdiri daripada beberapa pelajar, diiringi oleh guru-guru Lestari iaitu Pn. Hadijah, Cik Alia bersama 2 guru telah menjalankan pameran Lestari di Jusco Tebrau, Johor Bahru. Program ini telah dianjurkan oleh Jabatan Alam Sekitar (JAS) sempena 'Earth Day'.
   Skuad Lestari SMKTD2 telah membuat pameran tentang kesedaran alam sekitar dengan menunjukkan hasil-hasil kitar semula yang telah dibuat oleh pelajar-pelajar sekolah kami. Kami juga menunjukkan cara-cara membuat penanda buku menggunakan batang ais-krim dan ini mendapat sambutan yang amat baik.
   Sebuah buku skrap tentang program-program kesedaran alam sekitar telah dihasilkan juga bagi tantapan pengunjung-pengunjung di pameran kami. Pelajar-pelajar telah menunjukkan sikap bertanggungjawab dan prihatin terhadap alam sekitar semasa proses memberi maklumat kepada para pengunjung. Hasilnya amat memuaskan.
   Lestari SMKTD2 juga dapat menimba ilmu tentang alam sekitar serta mendapat pelbagai informasi dari mendengar dan menonton pertandingan mendeklamasikan sajak serta mengunjungi pameran -pameran yang dianjurkan oleh sekolah-sekolah dan organisasi-organisasi yang lain.
  Ahli Lestari SMKTD2 berasa amat bersyukur kerana telah diberi peluang untuk membuat pameran yang dapat memberi kesedaran kepada masyarakat luar, justeru meningkatkan usaha dalam menyelamatkan bumi tercinta ini.
   

KARNIVAL LESTARI DI SETA - Bumi Hijau Pusaka Lestari




    Pada 23 Oktober 2013, SMK Taman Daya 2 telah dijemput untuk menyertai Karnival Lestari  - Bumi Hijau Pusaka Lestari di Sekolah Engku Tun Aminah (SETA). Seramai 10 orang pelajar tingkatan 3 diiringi oleh guru Lestari, Cik Alia serta Guru Persatuan Geografi, Encik Khairul Anwar, telah mewakili SMKTD2 untuk menyertai program ini.
      Dari peyertaan karnival ini, para pelajar telah banyak menimba ilmu yang berkaitan dengan alam sekitar. Kami telah mendengar ceramah dari wakil Jabatan Alam Sekitar yang menekankan kepentingan menjaga alam sekitar serta kitar semula.
       Kemudian, kami telah diberi pendedahan tentang cara-cara membuat baja kompos.


Kemudian, taklimat cara-cara membuat EM mudball serta pertandingna EM mudball telah dijalankan.






Selepas itu, kami telah menyertai yang dijalankan oleh guru-guru serta pelajar-pelajar SETA. 





Setelah bersungguh-sungguh berusaha disertai dengan semangat kesukanan dan semangat bekerja dalam kumpulan, pelajar-pelajar SMKTD2 telah mendapat tempat PERTAMA dalam acara sukaneka. 



Selepas itu, aktiviti penanaman pokok di kawasan SETA telah dijalankan.




Pelajar-pelajar SMKTD2 berasa amat seronok, bangga dan bertuah kerana telah mendapat pengalaman yang amat berharga dan menimba pelbagai ilmu yang bermanfaat untuk sekolah dan untuk hidup mereka sendiri.


Ahad, 27 Oktober 2013

SMK TAMAN DAYA 2 MENERIMA ANUGERAH HIJAU PERINGKAT NEGERI JOHOR DI NUSAJAYA TAHUN 2013





INFO SEKOLAH LESTARI DI KONGSI DR SMK JELUTONG

INFO SEKOLAH LESTARI DI KONGSI DR SMK JELUTONG 

Alam sekitar memainkan peranan yang penting dalam kehidupan seharian kita. Alam sekitar yang tidak tercemar memberikan kita satu suasana yang selesa dan menyamankan. Di samping memberi keselesaan kepada manusia, ia juga sedikit sebanyak akan menjejaskan aktiviti-aktiviti pembangunan negara sekiranya alam sekitar di negara kita tidak dijaga dengan baik. Selain daripada itu juga,alam sekitar adalah merupakan habitat bagi semua penghuni di alam ini.Contohnya binatang, fauna dan flora.

Persidangan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengenai Alam Sekitar dan Pembangunan di Rio de Janeiro pada 1992 adalah titik permulaan gagasan ‘pembangunan lestari’ diperkenalkan dan diterima oleh warga dunia sebagai pendekatan baru menuju abad ke-21. Pembangunan lestari atau ringkasnya dimaksudkan pembangunan yang membolehkan generasi semasa, memenuhi keperluannya tanpa mengkompromikan kemampuan generasi akan datang memenuhi keperluan mereka, perlu dipraktikkan oleh semua negara dunia sekiranya kita ingin menaruh harapan bahawa bumi untuk terus menampung keperluan asas manusia.

 Sekolah Lestari adalah Anugerah Alam Sekitar bertujuan untuk membentuk persekitaran sekolah yang menitikberatkan pemuliharaan dan pemeliharaan alam sekitar dalam aspek pengurusan,  kurikulum,kokurikulum dan penghijauan. Sekolah Lestari juga dapat di definisikan sebagai Anugerah Alam Sekitar membudayakan pendidikan alam sekitar dengan menerapkan nilai murni dalam aspek pengurusan, kurikulum, kokurikulum dan penghijauan secara berterusan bagi mewujudkan amalan hidup yang selaras dengan konsep pembangunan lestari. Pendidikan Alam Sekitar ialah pembelajaran untuk memahami interaksi manusia dengan alam sekitar dan bagaimana alam sekitar diuruskan dengan bijaksana dan bertanggungjawab ke arah kelestarian hidupan di bumi. Proses ini melibatkan pendidikan tentang alam sekitar, melalui alam sekitar dan untuk alam sekitar.

Objektif Sekolah Lestari ini adalah untuk  memupuk nilai murni alam sekitar pada kalangan warga sekolah.Selain daripada itu juga, ia dapat meningkatkan tahap kesedaran warga sekolah mengenai kepentingan pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar.Sepertimana yang kita sedia maklum bahawa pelajar-pelajar sekolah sememangnya perlu peka terhadap perkembangan dan aspek-aspek yang berkaitan dengan alam sekitar.Objektif seterusnya pula, adalah menggalakkan warga sekolah melaksanakan aktiviti  mesra alam dengan berkesan.Melalui sekolah lestari ini ia dapat meningkatkan kerjasama antara sekolah dengan masyarakat dalam menjayakan pendidikan alam sekitar dan dapat mewujudkan suasana sekolah yang kondusif bagi melahirkan warga sekolah yang mempraktikkan amalan hidup lestari.